Dua jam lagi saya bakal menjejakkan kaki ke tanah Pulau Jawa Indonesia. Dalam tempoh itu, saya sempat tertidur dan terjaga beberapa kali. Saya duduk di tengah-tengah pada sisi kanan pesawat. Di kiri saya, Zetti sedang lena. Seluruh wajahnya ditutupi dengan jaket miliknya. Di kerusi sisi kiri pesawat pula, Hasnidar masih tidur. Posisi tidurnya sejak mula-mula menaiki pesawat sampailah pesawat berada di atas awan masih tetap sama. Entah bagaimana dia betah tidur begitu. Bukannya menyandarkan kepala, sebaliknya menunduk persis orang-orang Korea memberi hormat. Harap-harap air liur basi tidak meleleh. Leng, entah apa ceritanya di belakang. Di kanan saya yakni di tepi jendela ada seorang gadis Jepun berambut lurus paras bahu. Dia turut tertidur dan terjaga beberapa kali. Saya tahu dia gadis Jepun setelah melihatnya mengisi ruang kewarganegaraan di dalam borang customs declaration. Timbul juga keinginan untuk menyapanya. Tetapi, yang saya tahu cuma arigato dan bakayaro. Sudahnya, kami sama-sama menyambung tidur. Namun begitu, ketika tidur saya sering terganggu dengan aroma makanan yang diusung para kru pesawat. Sedikit sebanyak ia menyulut api selera di dada saya. Nasib baik mengenangkan harganya saja sudah mampu membuat saya kembali gigih menahan lapar.
Saat di dalam pesawat, saya tidak sempat mengambil apa-apa gambar. Saya bukanlah seorang Instagramers. Oleh itu, maafkanlah saya sekiranya catatan ini tidak meriah dengan ratusan gambar yang anda harapkan. Saya akan cuba memberi gambaran sebaik mungkin tentang apa yang berlaku di dalam perjalanan ini kepada kalian.
Dua jam berlalu, akhirnya daratan Pulau Jawa boleh dilihat dari jendela pesawat. Semakin lama, pesawat semakin merendah. Dari jendela dapat saya lihat hamparan tanah lapang dan sawah padi. Bumbung-bumbung rumah terlihat sangat rapat bagaikan tiada jalan raya dan lorong-lorong. Penempatan di bawah sana tampak begitu padat. Setelah beberapa minit berlegar-legar di atas kota Yogyakarta, akhirnya pesawat selamat mendarat di Adisutjipto International Airport. Jam tangan saya sudah menunjukkan angka 2 lebih waktu Malaysia. Jikalau ikut waktu di Indonesia, ia lebih awal satu jam berbanding di Malaysia. Maknanya di Indonesia ketika itu baru jam 1 tengah hari. Lapangan terbangnya tidak begitu besar. Kami turun dari perut pesawat menggunakan tangga. Lalu harus berbaris panjang untuk melepasi imigresen Indonesia. Itu adalah cop pertama di pasport saya. Semoga saja ada cop negara lain di masa akan datang.
Setelah semua selesai, di pintu ketibaan kami di sambut dengan sehelai kertas yang tertulis nama Auni. Itu nama saya. Kertas itu dipegang oleh seorang lelaki bernama Mas Eko. Mas Eko adalah salah seorang rakan merangkap pekerja di syarikat Mas Heru. Untuk tiga hari ke depan, Mas Eko yang akan menjadi pemandu kami selama di Yogyakarta. Orangnya ramah. Cuma saya yang agak pendiam. Dia sempat berkelakar dengan memperkenalkan namanya sebagai Mas Ekonomi. Lalu kami dipelawa menaiki Avanza putih. Selaku perancang perjalanan, saya dipaksa duduk di kerusi depan. Cuaca di situ agak panas dan berangin. Dek angin itu, bahangnya jadi kurang terasa. Di dalam kereta, Mas Eko bertanya kenapa penerbangan kami tertunda. Kami pun mengatakan hal yang sama seperti yang dimaklumkan kapten pesawat yakni Gunung Merapi memuntahkan asap tebal. Mas Eko kehairanan. Katanya, Gunung Merapi baik-baik saja. Dia siap menunjukkan kepada kami gambar Gunung Merapi yang dipotret temannya pada pagi itu. Celaka, tidak sangka kami ditipu hidup-hidup. Baru saya tahu, begitu rupanya cara kerja AirAsia.
Kemudian Mas Eko memberitahu lokasi-lokasi yang akan kami tuju pada hari itu. Terlebih dulu, saya menyuruh Mas Eko untuk singgah ke kedai membeli sim kad. Kami berkongsi membeli sim kad SIMPATI berharga Rp170,000. Ia didatangkan dengan pakej internet yang boleh diguna pakai di seluruh Indonesia selama satu minggu. Data yang diberikan pula sebanyak 12GB. Kenapa kami hanya membeli satu sim kad? Kerana ingin berhemat dengan menggunakan hotspot. Kerana telefon saya diciptakan untuk dua sim kad dan kapasiti bateri yang agak besar, maka sim kad itu diletak ke telefon saya. Yang lainnya, cuma tinggal menghidupkan Wi-Fi. Begitulah untungnya menjadi mereka. Setelah itu, kami meminta Mas Eko membawa ke tempat makan. Ya, itulah yang diidam-idamkan oleh kami sejak empat jam yang lalu. Kami kelaparan. Beberapa minit perjalanan, kami pun tiba di sebuah restoran ayam penyet.
Melihat tataan dan dekorasi restoran itu yang tampak mewah, semuanya saling pandang. Seolah-olah di dalam fikiran setiap orang berkata, “Mampus, mesti mahal ni.” Dalam keadaan tertanya-tanya, kami pun terus masuk. Seorang pelayan lelaki menyambut kami dengan pertanyaan, “Selamat datang. Mahu duduk di ruang ber-AC apa di luar sini?” Yang lain terkial-kial. Saya yang sering membaca buku-buku Indonesia dan menonton channel-channel YouTube orang Indonesia terus memahami dan mengajak yang lain untuk duduk di luar saja. Baiklah, mari sini saya ajarkan serba sedikit bahasa Indonesia. AC itu adalah aircond. Sebutannya bukan seperti AC Mizal tetapi ASE. Abjad E itu dibunyikan seperti EKOR bukannya EMAK. Manakala abjad A pula disebut seperti nama saya ABUL. A...SE. Faham?
Saat melihat menunya, barulah saya tahu rupanya ada bermacam jenis lagi menu ayam selain ayam penyet. Di Malaysia, yang saya tahu cuma ayam penyet. Namun, di sini ada ayam geprek dan banyak lagi. Kami pun memesan menu yang berlainan untuk melihat apa bezanya. Untuk air pula, Leng memesan kopi durian. Kami yang lain hanya memesan teh o ais. Teh o ais di sini, tidak dipanggil dengan nama itu. Mereka sekadar menyebutnya teh ais. 'O' nya dibuang.
Saat kesemua hidangan sampai, saya sedikit bingung. Jika dilihat sekilas, saya langsung tidak dapat mengesan sebarang perbezaan. Tetapi peduli apa? Saya terus menjamahnya. Perghhh...pedas nak mampus! Pedasnya bukan biasa-biasa. Ini luar biasa! Sampaikan saya terpaksa mengasingkan sambal yang melekat pada isi-isi ayam. Ia terlalu pedas untuk saya yang sukakan makanan pedas. Bahkan bukan saya saja, yang lain juga kepedasan. Hanya Hasnidar seorang yang aman menikmati hidangannya tanpa sambal. Ketika mulut mulai terasa seperti terbakar, saya terus menghirup teh o ais. Fuhh, airnya juga benar-benar menguji kesabaran. Ia tawar! Saya pun menggaul-gaul bahagian bawah agar air gula di bawah bersatu. Tetapi saat menggaulnya saya menyedari satu hal lagi. Mereka tidak menggunakan air gula. Sebaliknya madu! Makan di situ saja, pengalaman yang saya dapat agak lumayan. Terutamanya tentang bagaimana makanan di situ dihidang. Satu lagi pesan saya, jika makan di restoran, elakkan membayar asing-asing. Tanya dulu ada dikenakan cukai ataupun tidak. Jikalau ada, lebih berbaloi bayar untuk semua sekali kerana jumlah cukai yang dikenakan sama seperti bayar untuk seorang. Oh ya, makan di situ tidaklah terlalu mahal. Harganya tidak lebih sepuluh ringgit kalau di Malaysia. Namun, maaf. Nama kedainya saya lupa. Dek harganya yang masuk akal, masing-masing lega. Selama di Indonesia ini, kami punya satu misi iaitu ingin berjimat dalam perbelanjaan makan. Kerana itu, sebelum masuk semula ke dalam kereta, mereka menggesa saya untuk memberitahu Mas Eko agar membawa kami ke tempat makan yang murah-murah seperti warung-warung di tepi jalan. Waktu itu, saya rasa sedikit terbeban menjadi perancang perjalanan. Kerana jika ada apa-apa yang tidak kena, pasti saya yang bertanggungjawab. Kalaulah saya tahu begini rasanya menjadi perancang, pasti awal-awal lagi saya menyuruh orang lain. Leng sekadar senyum-senyum sambil mengatakan, “Aku paham apa kau rasa. Aku dah biasa kena.” Mendengarkan itu, saya kembali tenang.
Setelah masing-masing kekenyangan, kami terus menuju ke lokasi seterusnya iaitu Gumuk Pasir. Menurut Mas Eko, gumuk itu maksudnya bukit. Maknanya kami akan ke bukit pasir. Dalam perjalanan, kami dihidangkan dengan lagu-lagu dangdut yang diputar Mas Eko dan kehijauan pelbagai tanaman di kiri dan kanan jalan. Saya jadi kagum melihat pemandangan itu. Mana tidaknya, kata Mas Eko sudah hampir lapan bulan tiada hujan di Yogyakarta. Namun, tanaman masih tetap hidup. Sambung Mas Eko lagi, itu semuanya berkat Gunung Merapi. Seluruh tanah di Yogyakarta jadi segar. Untuk sejenak, saya berasa takjub. Siapa sangka, terselit hikmah pada letusan gunung berapi yang boleh dinikmati oleh para penduduk hingga ke hari ini.
Ketika melihat Mas Eko sering menekan hon berkali-kali, saya jadi aneh. Katanya, di Indonesia hal begitu sudah biasa. Kalau di Malaysia kerap kali hon-hon begitu pasti kereta kita akan dipaksa berhenti lalu diajak bertumbuk di tepi jalan. Jalan di Indonesia agak sibuk dan penuh dengan motosikal. Apalagi waktu orang-orang pulang dari kerja. Apa pun pemandangan itu, saya nikmati saja hinggalah akhirnya tiba di Gumuk Pasir. Ternyata benar, bukit di situ penuh dengan pasir. Atau yang sebenarnya, memang itu adalah timbunan pasir yang membentuk bukit? Entahlah. Tempatnya cantik. Ia berdekatan dengan Pantai Parangtritis. Mungkin kerana itu ia berangin.
Tempatnya sangat luas dan banyak tempat bergambar yang cantik-cantik. Amat sesuai untuk orang yang suka bergambar. Berjalan di atas pasirnya yang lembut membuat saya berfikir ini bukanlah buatan manusia. Ini memang semula jadi. Di tempat ini juga, kita boleh melakukan aktiviti sand boarding. Harganya saya tidak pasti berapa. Sayangnya kami tidak sempat untuk mencubanya kerana harus ke tempat lain pula. Lagipun waktu itu senja sudah kian menghampiri. Padahal jam waktu itu baru saja menunjukkan jam empat petang. Di Indonesia, matahari terbenam lebih awal berbanding Malaysia. Sebelum bergerak ke lokasi seterusnya, kami sempat bergambar di sebuah kebun bunga matahari. Ia betul-betul terletak di tepi pintu masuk Gumuk Pasir.
Setelah itu, kami terus menuju ke lokasi seterusnya—Pantai Parangtritis. Tetapi kami tidak betul-betul menuju ke tepi pantai. Sebaliknya kami ke satu tempat yang agak tinggi. Jalannya agak tegak dan curam walaupun menggunakan kereta. Ia tidak jauh dari Gumuk Pasir. Dalam perjalanan, mereka bertiga tampak bagaikan kebingungan dan tertanya-tanya, “Kita menuju ke mana?” Semasa menyusuri jalan yang berbelok-belok, di sisi kanan jalan, kami dapat melihat sedikit seakan-akan teaser pemandangan yang menakjubkan itu. Leng di kerusi paling belakang berkata, “Aku dah nampak, Bul. Cantik weh.” Saya semakin jadi tidak sabar. Lebih kurang 10 ke 15 minit, kami akhirnya tiba. Anak-anak muda, pasangan bercinta dan para jomblo sudah ramai kelihatan mendaki anak tangga ke puncak atas. Mas Eko juga berkata, itu adalah pengalaman pertamanya ke situ. Lokasi itu adalah pilihan saya setelah puas meng-google kawasan apa yang paling menarik untuk menikmati terbenamnya matahari. Kami pun terus mendaki anak-anak tangga yang tidaklah begitu tinggi. Saat tiba di puncak atas, segala lelah, stres dan beban yang saya hadapi seolah-olah lenyap begitu saja dipadam oleh cantiknya pemandangan senja. Ia bukan tentang senja semata-mata. Di hujung sana, saya dapat lihat matahari terbenam. Di bawah sana, dapat saya lihat pesisir pantai dan penempatan yang mula menyalakan lampu satu per satu. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Jujur saya katakan, tiada kata mampu menggambarkan keindahan ketika itu. Bahkan gambar yang saya potret pun tidak sama cantiknya dengan apa yang saya lihat dengan mata saya sendiri.
Waktu ketika itu sudah jam 5 lebih. Tetapi gelap perlahan-lahan meluaskan wilayahnya. Sebelum malam tiba, kami mulai turun dan terus menuju ke tempat penginapan pertama Snooze Guesthouse. Semasa perjalanan, saya perasan kebanyakan lampu jalan tidak hidup. Kata Mas Eko, di Yogyakarta ini elektrik selalu terputus. Teman-teman yang lain sudah menyepi di kerusi belakang. Mungkin tidur. Saya juga sesekali terlelap di depan. Perjalanan ke Snooze Guesthouse memakan masa satu ke dua jam juga. Ia betul-betul terletak di tengah-tengah kota Yogyakarta. Berhampiran Jalan Malioboro. Ketika sampai, hari sudah malam. Tempatnya berada di tengah-tengah rumah-rumah orang setempat. Bukanlah di tepi jalan raya utama. Disebabkan itu juga, saat malam ia jauh dari hingar-bingar kota. Amat sesuai untuk bersantai dan tidur nyenyak. Sebelum masuk, Mas Eko sempat berpesan bahawa kami harus bersiap seawal jam lima pagi keesokan hari. Dia akan datang menjemput kami.
Kami pun terus masuk ke Snooze Guesthouse. Di halaman depan ada sebuah van lama. Saya tidak tahu apa modelnya. Mungkin juga Volkswagen. Bahagian dalamnya diubah suai menjadi tempat lepak dan tidur. Setelah melihat-lihat, kami pun masuk. Di kaunter, kami disambut oleh Febi. Waktu itu juga saya baru tahu kalau Febi itu seorang perempuan. Dia pun bertanya sama ada kami boleh bercakap bahasa ataupun tidak. “Bisa,” kata saya. Lalu dia pun menunjukkan kamar yang kami tempah. Dia juga menunjukkan ruang-ruang lain.
Akhir sekali, dia memberitahu kami mengenai sarapan. Dia bertanya jam berapa kami akan keluar esok pagi. Setelah memberitahunya, dia pun menyarankan kami agar jangan khuatir. Sebelum kami bangun, dia akan menyiapkan sarapan untuk kami. “Periksa saja di dalam kulkas esok hari,” katanya. Saya semakin yakin yang saya tidak salah memilih tempat. Teman yang lain juga berpuas hati dengan layanan dan kamar masing-masing. Saya dan Leng duduk di dalam satu kamar. Di dalamnya ada dua katil double decker. Satu lagi masih kosong. Kata Febi, esok hari baru ada penghuni yang lain. Saya tidur di katil atas. Pada setiap siling katil disediakan kipas mini kalau-kalau kepanasan semasa tidur. Setelah itu, kami pun berehat seketika. Usai semuanya mandi, kami pun berencana untuk berjalan-jalan mencari makan. Jalan punya jalan, kami pun tiba di Jalan Malioboro. Leng jadi rambang mata melihat sarung dan baju batik yang banyak dijual di kiri dan kanan jalan. Jalan Malioboro itu bolehlah saya katakan ia seperti Bukit Bintang. Namun dengan cara yang sederhana. Ada jual makanan dan pakaian. Orang bermain muzik juga ada. Jikalau bernasib baik, ada juga kumpulan anak muda membacakan puisi.
Setelah puas berjalan, kami pun memutuskan untuk makan di salah satu warung. Atau lebih tepatnya gerabak. Kerana terlihat seperti itu bagi saya. Di situ saya menjamah nasi tempatan yang dipanggil nasi gudeg. Ia dihidangkan dengan bermacam lauk yang boleh dipilih sendiri. Makan di situ membuatkan saya berasa seperti orang tempatan. Bukannya pelancong. Saya pasti, orang-orang yang cerewet tidak akan sanggup makan di situ. Namun bagi yang suka mencuba bagaimana rasanya makanan tempatan di sana, selain warung-warung sebegitu, kalian juga boleh mencuba makan makanan lesehan. Lesehan itu menjual pelbagai makanan tetapi lebih merakyat. Anda akan makan di tepi-tepi jalan dengan bersila berlapikkan tikar. Tidak ada kerusi sama sekali. Itu yang saya tahu serba sedikit. Jika salah, maafkan saya.
Setelah masing-masing kekenyangan, kami terus pulang ke penginapan. Sebelum masuk tidur, sempat juga saya dan Leng berborak sebentar dengan founder Snooze Guesthouse tersebut. Namanya saya lupa. Dia seorang lelaki 30-an. Awal perbualan kami dimulakan dengan cuaca. Katanya, baru beberapa hari lepas hujan turun. Saat mendengarkan itu, saya dan Leng serentak terkejut. Kami pun memberitahunya bahawa supir kami Mas Eko mengatakan sudah lapan bulan tiada hujan di Yogyakarta. Dia berkeras mengatakan baru-baru ini ada hujan. Malah dia mentertawakan kami yang ditipu oleh supir sendiri. Ahh, saya jadi bingung mahu percaya yang mana. Menurutnya lagi, tempat itu asalnya adalah tinggalan rumah orang tuanya. Terbitnya idea untuk membuat guesthouse itu setelah dia berkahwin dengan seorang perempuan asal Perancis. Belum sempat dia menerangkan dengan lebih lanjut tiba-tiba dia harus bangun melayani penghuni lain yang baru sampai. Saya dan Leng pun terus masuk ke kamar. Esok kami harus bangun awal. Di atas katil saya berfikir, kelelahan saya hari itu benar-benar terbayar dengan kota Yogyakarta yang cantik dengan pelbagai pemandangan. Saya tidak sabar menunggu esok hari. Setelah puas membelek media sosial, Leng pun menutup lampu kamar. Perlahan-lahan mata saya pun terpejam dan tidak sedarkan diri...
Dua jam berlalu, akhirnya daratan Pulau Jawa boleh dilihat dari jendela pesawat. Semakin lama, pesawat semakin merendah. Dari jendela dapat saya lihat hamparan tanah lapang dan sawah padi. Bumbung-bumbung rumah terlihat sangat rapat bagaikan tiada jalan raya dan lorong-lorong. Penempatan di bawah sana tampak begitu padat. Setelah beberapa minit berlegar-legar di atas kota Yogyakarta, akhirnya pesawat selamat mendarat di Adisutjipto International Airport. Jam tangan saya sudah menunjukkan angka 2 lebih waktu Malaysia. Jikalau ikut waktu di Indonesia, ia lebih awal satu jam berbanding di Malaysia. Maknanya di Indonesia ketika itu baru jam 1 tengah hari. Lapangan terbangnya tidak begitu besar. Kami turun dari perut pesawat menggunakan tangga. Lalu harus berbaris panjang untuk melepasi imigresen Indonesia. Itu adalah cop pertama di pasport saya. Semoga saja ada cop negara lain di masa akan datang.
Setelah semua selesai, di pintu ketibaan kami di sambut dengan sehelai kertas yang tertulis nama Auni. Itu nama saya. Kertas itu dipegang oleh seorang lelaki bernama Mas Eko. Mas Eko adalah salah seorang rakan merangkap pekerja di syarikat Mas Heru. Untuk tiga hari ke depan, Mas Eko yang akan menjadi pemandu kami selama di Yogyakarta. Orangnya ramah. Cuma saya yang agak pendiam. Dia sempat berkelakar dengan memperkenalkan namanya sebagai Mas Ekonomi. Lalu kami dipelawa menaiki Avanza putih. Selaku perancang perjalanan, saya dipaksa duduk di kerusi depan. Cuaca di situ agak panas dan berangin. Dek angin itu, bahangnya jadi kurang terasa. Di dalam kereta, Mas Eko bertanya kenapa penerbangan kami tertunda. Kami pun mengatakan hal yang sama seperti yang dimaklumkan kapten pesawat yakni Gunung Merapi memuntahkan asap tebal. Mas Eko kehairanan. Katanya, Gunung Merapi baik-baik saja. Dia siap menunjukkan kepada kami gambar Gunung Merapi yang dipotret temannya pada pagi itu. Celaka, tidak sangka kami ditipu hidup-hidup. Baru saya tahu, begitu rupanya cara kerja AirAsia.
Kemudian Mas Eko memberitahu lokasi-lokasi yang akan kami tuju pada hari itu. Terlebih dulu, saya menyuruh Mas Eko untuk singgah ke kedai membeli sim kad. Kami berkongsi membeli sim kad SIMPATI berharga Rp170,000. Ia didatangkan dengan pakej internet yang boleh diguna pakai di seluruh Indonesia selama satu minggu. Data yang diberikan pula sebanyak 12GB. Kenapa kami hanya membeli satu sim kad? Kerana ingin berhemat dengan menggunakan hotspot. Kerana telefon saya diciptakan untuk dua sim kad dan kapasiti bateri yang agak besar, maka sim kad itu diletak ke telefon saya. Yang lainnya, cuma tinggal menghidupkan Wi-Fi. Begitulah untungnya menjadi mereka. Setelah itu, kami meminta Mas Eko membawa ke tempat makan. Ya, itulah yang diidam-idamkan oleh kami sejak empat jam yang lalu. Kami kelaparan. Beberapa minit perjalanan, kami pun tiba di sebuah restoran ayam penyet.
Melihat tataan dan dekorasi restoran itu yang tampak mewah, semuanya saling pandang. Seolah-olah di dalam fikiran setiap orang berkata, “Mampus, mesti mahal ni.” Dalam keadaan tertanya-tanya, kami pun terus masuk. Seorang pelayan lelaki menyambut kami dengan pertanyaan, “Selamat datang. Mahu duduk di ruang ber-AC apa di luar sini?” Yang lain terkial-kial. Saya yang sering membaca buku-buku Indonesia dan menonton channel-channel YouTube orang Indonesia terus memahami dan mengajak yang lain untuk duduk di luar saja. Baiklah, mari sini saya ajarkan serba sedikit bahasa Indonesia. AC itu adalah aircond. Sebutannya bukan seperti AC Mizal tetapi ASE. Abjad E itu dibunyikan seperti EKOR bukannya EMAK. Manakala abjad A pula disebut seperti nama saya ABUL. A...SE. Faham?
Saat melihat menunya, barulah saya tahu rupanya ada bermacam jenis lagi menu ayam selain ayam penyet. Di Malaysia, yang saya tahu cuma ayam penyet. Namun, di sini ada ayam geprek dan banyak lagi. Kami pun memesan menu yang berlainan untuk melihat apa bezanya. Untuk air pula, Leng memesan kopi durian. Kami yang lain hanya memesan teh o ais. Teh o ais di sini, tidak dipanggil dengan nama itu. Mereka sekadar menyebutnya teh ais. 'O' nya dibuang.
![]() |
| Apa bezanya? |
Saat kesemua hidangan sampai, saya sedikit bingung. Jika dilihat sekilas, saya langsung tidak dapat mengesan sebarang perbezaan. Tetapi peduli apa? Saya terus menjamahnya. Perghhh...pedas nak mampus! Pedasnya bukan biasa-biasa. Ini luar biasa! Sampaikan saya terpaksa mengasingkan sambal yang melekat pada isi-isi ayam. Ia terlalu pedas untuk saya yang sukakan makanan pedas. Bahkan bukan saya saja, yang lain juga kepedasan. Hanya Hasnidar seorang yang aman menikmati hidangannya tanpa sambal. Ketika mulut mulai terasa seperti terbakar, saya terus menghirup teh o ais. Fuhh, airnya juga benar-benar menguji kesabaran. Ia tawar! Saya pun menggaul-gaul bahagian bawah agar air gula di bawah bersatu. Tetapi saat menggaulnya saya menyedari satu hal lagi. Mereka tidak menggunakan air gula. Sebaliknya madu! Makan di situ saja, pengalaman yang saya dapat agak lumayan. Terutamanya tentang bagaimana makanan di situ dihidang. Satu lagi pesan saya, jika makan di restoran, elakkan membayar asing-asing. Tanya dulu ada dikenakan cukai ataupun tidak. Jikalau ada, lebih berbaloi bayar untuk semua sekali kerana jumlah cukai yang dikenakan sama seperti bayar untuk seorang. Oh ya, makan di situ tidaklah terlalu mahal. Harganya tidak lebih sepuluh ringgit kalau di Malaysia. Namun, maaf. Nama kedainya saya lupa. Dek harganya yang masuk akal, masing-masing lega. Selama di Indonesia ini, kami punya satu misi iaitu ingin berjimat dalam perbelanjaan makan. Kerana itu, sebelum masuk semula ke dalam kereta, mereka menggesa saya untuk memberitahu Mas Eko agar membawa kami ke tempat makan yang murah-murah seperti warung-warung di tepi jalan. Waktu itu, saya rasa sedikit terbeban menjadi perancang perjalanan. Kerana jika ada apa-apa yang tidak kena, pasti saya yang bertanggungjawab. Kalaulah saya tahu begini rasanya menjadi perancang, pasti awal-awal lagi saya menyuruh orang lain. Leng sekadar senyum-senyum sambil mengatakan, “Aku paham apa kau rasa. Aku dah biasa kena.” Mendengarkan itu, saya kembali tenang.
Setelah masing-masing kekenyangan, kami terus menuju ke lokasi seterusnya iaitu Gumuk Pasir. Menurut Mas Eko, gumuk itu maksudnya bukit. Maknanya kami akan ke bukit pasir. Dalam perjalanan, kami dihidangkan dengan lagu-lagu dangdut yang diputar Mas Eko dan kehijauan pelbagai tanaman di kiri dan kanan jalan. Saya jadi kagum melihat pemandangan itu. Mana tidaknya, kata Mas Eko sudah hampir lapan bulan tiada hujan di Yogyakarta. Namun, tanaman masih tetap hidup. Sambung Mas Eko lagi, itu semuanya berkat Gunung Merapi. Seluruh tanah di Yogyakarta jadi segar. Untuk sejenak, saya berasa takjub. Siapa sangka, terselit hikmah pada letusan gunung berapi yang boleh dinikmati oleh para penduduk hingga ke hari ini.
Ketika melihat Mas Eko sering menekan hon berkali-kali, saya jadi aneh. Katanya, di Indonesia hal begitu sudah biasa. Kalau di Malaysia kerap kali hon-hon begitu pasti kereta kita akan dipaksa berhenti lalu diajak bertumbuk di tepi jalan. Jalan di Indonesia agak sibuk dan penuh dengan motosikal. Apalagi waktu orang-orang pulang dari kerja. Apa pun pemandangan itu, saya nikmati saja hinggalah akhirnya tiba di Gumuk Pasir. Ternyata benar, bukit di situ penuh dengan pasir. Atau yang sebenarnya, memang itu adalah timbunan pasir yang membentuk bukit? Entahlah. Tempatnya cantik. Ia berdekatan dengan Pantai Parangtritis. Mungkin kerana itu ia berangin.
![]() |
| Kaki jelahhh |
![]() |
Setelah itu, kami terus menuju ke lokasi seterusnya—Pantai Parangtritis. Tetapi kami tidak betul-betul menuju ke tepi pantai. Sebaliknya kami ke satu tempat yang agak tinggi. Jalannya agak tegak dan curam walaupun menggunakan kereta. Ia tidak jauh dari Gumuk Pasir. Dalam perjalanan, mereka bertiga tampak bagaikan kebingungan dan tertanya-tanya, “Kita menuju ke mana?” Semasa menyusuri jalan yang berbelok-belok, di sisi kanan jalan, kami dapat melihat sedikit seakan-akan teaser pemandangan yang menakjubkan itu. Leng di kerusi paling belakang berkata, “Aku dah nampak, Bul. Cantik weh.” Saya semakin jadi tidak sabar. Lebih kurang 10 ke 15 minit, kami akhirnya tiba. Anak-anak muda, pasangan bercinta dan para jomblo sudah ramai kelihatan mendaki anak tangga ke puncak atas. Mas Eko juga berkata, itu adalah pengalaman pertamanya ke situ. Lokasi itu adalah pilihan saya setelah puas meng-google kawasan apa yang paling menarik untuk menikmati terbenamnya matahari. Kami pun terus mendaki anak-anak tangga yang tidaklah begitu tinggi. Saat tiba di puncak atas, segala lelah, stres dan beban yang saya hadapi seolah-olah lenyap begitu saja dipadam oleh cantiknya pemandangan senja. Ia bukan tentang senja semata-mata. Di hujung sana, saya dapat lihat matahari terbenam. Di bawah sana, dapat saya lihat pesisir pantai dan penempatan yang mula menyalakan lampu satu per satu. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Jujur saya katakan, tiada kata mampu menggambarkan keindahan ketika itu. Bahkan gambar yang saya potret pun tidak sama cantiknya dengan apa yang saya lihat dengan mata saya sendiri.
Waktu ketika itu sudah jam 5 lebih. Tetapi gelap perlahan-lahan meluaskan wilayahnya. Sebelum malam tiba, kami mulai turun dan terus menuju ke tempat penginapan pertama Snooze Guesthouse. Semasa perjalanan, saya perasan kebanyakan lampu jalan tidak hidup. Kata Mas Eko, di Yogyakarta ini elektrik selalu terputus. Teman-teman yang lain sudah menyepi di kerusi belakang. Mungkin tidur. Saya juga sesekali terlelap di depan. Perjalanan ke Snooze Guesthouse memakan masa satu ke dua jam juga. Ia betul-betul terletak di tengah-tengah kota Yogyakarta. Berhampiran Jalan Malioboro. Ketika sampai, hari sudah malam. Tempatnya berada di tengah-tengah rumah-rumah orang setempat. Bukanlah di tepi jalan raya utama. Disebabkan itu juga, saat malam ia jauh dari hingar-bingar kota. Amat sesuai untuk bersantai dan tidur nyenyak. Sebelum masuk, Mas Eko sempat berpesan bahawa kami harus bersiap seawal jam lima pagi keesokan hari. Dia akan datang menjemput kami.
Kami pun terus masuk ke Snooze Guesthouse. Di halaman depan ada sebuah van lama. Saya tidak tahu apa modelnya. Mungkin juga Volkswagen. Bahagian dalamnya diubah suai menjadi tempat lepak dan tidur. Setelah melihat-lihat, kami pun masuk. Di kaunter, kami disambut oleh Febi. Waktu itu juga saya baru tahu kalau Febi itu seorang perempuan. Dia pun bertanya sama ada kami boleh bercakap bahasa ataupun tidak. “Bisa,” kata saya. Lalu dia pun menunjukkan kamar yang kami tempah. Dia juga menunjukkan ruang-ruang lain.
![]() |
| Ruang lepak luar |
![]() |
| Kafe untuk kopi |
Setelah puas berjalan, kami pun memutuskan untuk makan di salah satu warung. Atau lebih tepatnya gerabak. Kerana terlihat seperti itu bagi saya. Di situ saya menjamah nasi tempatan yang dipanggil nasi gudeg. Ia dihidangkan dengan bermacam lauk yang boleh dipilih sendiri. Makan di situ membuatkan saya berasa seperti orang tempatan. Bukannya pelancong. Saya pasti, orang-orang yang cerewet tidak akan sanggup makan di situ. Namun bagi yang suka mencuba bagaimana rasanya makanan tempatan di sana, selain warung-warung sebegitu, kalian juga boleh mencuba makan makanan lesehan. Lesehan itu menjual pelbagai makanan tetapi lebih merakyat. Anda akan makan di tepi-tepi jalan dengan bersila berlapikkan tikar. Tidak ada kerusi sama sekali. Itu yang saya tahu serba sedikit. Jika salah, maafkan saya.
Setelah masing-masing kekenyangan, kami terus pulang ke penginapan. Sebelum masuk tidur, sempat juga saya dan Leng berborak sebentar dengan founder Snooze Guesthouse tersebut. Namanya saya lupa. Dia seorang lelaki 30-an. Awal perbualan kami dimulakan dengan cuaca. Katanya, baru beberapa hari lepas hujan turun. Saat mendengarkan itu, saya dan Leng serentak terkejut. Kami pun memberitahunya bahawa supir kami Mas Eko mengatakan sudah lapan bulan tiada hujan di Yogyakarta. Dia berkeras mengatakan baru-baru ini ada hujan. Malah dia mentertawakan kami yang ditipu oleh supir sendiri. Ahh, saya jadi bingung mahu percaya yang mana. Menurutnya lagi, tempat itu asalnya adalah tinggalan rumah orang tuanya. Terbitnya idea untuk membuat guesthouse itu setelah dia berkahwin dengan seorang perempuan asal Perancis. Belum sempat dia menerangkan dengan lebih lanjut tiba-tiba dia harus bangun melayani penghuni lain yang baru sampai. Saya dan Leng pun terus masuk ke kamar. Esok kami harus bangun awal. Di atas katil saya berfikir, kelelahan saya hari itu benar-benar terbayar dengan kota Yogyakarta yang cantik dengan pelbagai pemandangan. Saya tidak sabar menunggu esok hari. Setelah puas membelek media sosial, Leng pun menutup lampu kamar. Perlahan-lahan mata saya pun terpejam dan tidak sedarkan diri...
Bersambung...







Ulasan