Minggu lepas aku dah macam orang gila yang paranoia dengan hal-hal yang tak wujud. Semuanya gara-gara aku mengalami sakit perut selepas menjamah nasi ayam butter. Menu yang jarang-jarang aku cuba, bila sekali cuba terus sakit perut. Tetapi sebetulnya memang tak sedap mana pun nasi tu.
Perenggan di atas aku tulis bulan lepas ketika aku mendadak ditimpa demam panas. Selepas itu, aku biarkan di dalam peti draf sehinggalah malam semalam. Seperti yang kau lihat, hanya satu perenggan yang mampu aku tulis waktu itu. Bila diingat-ingat, rasanya macam mahu menangis. Aku tidak larat menaip. Mentalku terasa lelah bila mengenangkan hal-hal penulisanku yang tidak seberapa. Padahal terlalu banyak kisah yang ingin aku ceritakan. Ada masanya aku rindukan diriku yang dulu. Yang hangat dengan semangat menulis catatan hampir setiap hari walaupun aku tahu tiada siapa yang membaca. Tetapi, itu dulu. Saat aku mula-mula terjebak ke dalam kancah ini. Hakikatnya semakin lama aku menulis, semakin aku ingin ada yang akan membaca. Kau jangan percaya bulat-bulat kalau ada penulis berkata, “Menulis itu untuk diri sendiri. Kita harus terus menulis walaupun tiada pembaca.” Sesungguhnya itu cumalah ayat penyedap hati. Kalau benarlah begitu, lebih baik aku menulis diari. Tiada siapa yang tahu aku menulis setiap hari. Dan, aku pun tidak akan dilanda kekecewaan seperti sekarang. Mungkin itulah bezanya antara orang yang menulis diari dengan orang yang menulis cerita.
Alangkah mudahnya jikalau ada tukang taip dan aku hanya perlu bercakap saja. Orang kata putus asa bukanlah pilihan yang tepat. Barangkali orang yang berkata begitu tidak pernah merasa ditipu berkali-kali. Kau mungkin menyalahkan aku kerana terlalu mudah mengalah. Namun, pernahkah kau terfikir tentang orang-orang yang mempermainkan harapan di luar sana? Apakah mereka tidak merasa bersalah kerana telah membunuh keghairahan orang lain? Kau pun mungkin berkata, karya ditolak itu lumrah. Tapi pernahkah kau merasa bagaimana rasanya karya ditolak? Aku pernah merasa karya ditolak dan dikritik. Ia tidaklah seburuk mana. Jujur aku katakan, lebih pedih rasanya bila karya kau diterima dan pada akhirnya ia dibatalkan. Lebih perih lagi, setelah diterima langsung tiada khabar dan perkembangan. Sampaikan kau dengan muka tembok terpaksa bertanya, “Apa cerita?” Tahu-tahu karyamu tidak jadi diterbitkan. Dan, hal sebegitu berlaku pada aku bukan sekali. Malah, empat kali! Ketahuilah kau bahawa passion itu ibarat nyawa. Nyawa, jangankan empat kali, dirodok sekali pun boleh mati. Untuk hidup, kau perlukan keajaiban. Keajaiban itulah yang aku harap-harapkan.
Kau mesti hairan dan tertanya-tanya, kenapa sekarang aku boleh menulis sepanjang ini. Satu, kerana 19hb September adalah hari lahirku. Barangkali ini adalah cara aku menghadiahkan diri sendiri dengan melakukan apa yang aku suka. Kedua, untuk kau yang suka membaca tulisan-tulisanku dalam apa jua bentuk dan format. Aku yakin pasti ada sekurang-kurangnya satu orang yang diam-diam menanti catatan baru dari aku. Ini adalah bukti kemenangan kecilku bertarung dengan rasa lelah dan bisikan-bisikan kecewa yang datang dari segala arah.
Ketiga, catatan ini tidak perlu aku hantar aku ke mana-mana dan mengharapkan apa-apa balasan. Dan, aku tidak akan dikecewakan oleh harapan. Itulah untungnya menulis catatan. Ia sepenuhnya dikawal diri sendiri. Bagaimanapun, pertarungan itu tetap ada. Terkadang ada bisikan yang menyuruh aku memadam kembali kesemua catatan yang aku tulis. Katanya, semua itu tidak bermakna. Kenapa kita harus menyulit dan membebankan diri sendiri dengan mengenang dan bernostalgia tentang orang lain? Padahal mereka belum tentu ingat tentang kita. Bagi mereka, kita bukanlah apa-apa. Sekadar memenuhi ruangan nombor kenalan di setiap telefon. Ada kalanya, aku berharap sifatku yang mudah mengingati hal-hal kecil pasal orang lain akan diambil kembali oleh Tuhan. Benar, kelebihan dapat mengingati hal-hal sebegitu adalah sebuah kebahagiaan. Sekali gus, menyedihkan.
Sebenarnya, ada banyak hal dan isu yang ingin aku tuliskan di sini. Kau pun pasti jemu dan menggerutu kerana terus-terusan membaca kisah kegagalan dan kekecewaanku tentang menulis. Ada kegagalan yang tidak harus diceritakan berkali-kali.
Tempoh hari, aku pulang ke Kulim dengan niat rindu dan ingin berjumpa dengan keluarga sebelum aku berangkat ke Indonesia bulan depan. Terasa semacam perpisahan. Aku harap trip ke Indonesia nanti aman-aman saja. Selamat pergi dan pulang. Di rumah, emak bercerita macam-macam. Kebanyakannya tentang abang dan kakakku. Aku yakin, cerita itu pasti sudah lama dipendamnya. Tinggal menanti kepulanganku untuk diceritakan. Saatku mengurut kakinya, segala kisah itu diluahkan. Entah kenapa, aku merasakan seolah-olah emak sedang melepaskan sebuah beban. Aku tahu, segala kisah yang dia ceritakan, mustahil ada penyelesaian. Namun aku sedikit lega, sekurang-kurangnya dengan berbagi cerita, bebannya sedikit berkurang. Mungkin perkataan yang tepat bukanlah beban tetapi sebuah kerisauan dan kecil hati seorang emak.
Betullah, sesuatu yang ada di depan mata kebiasaannya tidak akan dihargai. Itulah yang terjadi pada abang dan kakakku. Saat aku di Kulim, rasanya hanya aku satu-satunya yang beria ingin merasa masakan emak. Adik beradik yang lain seperti dah jemu dan merasa masakan emak tidaklah begitu istimewa. Sedangkan aku, kalau boleh, telur dadar pun aku mahu mak aku yang buatkan. Bukan orang lain. Boleh jadi juga semua itu berlaku kerana aku sering berjauhan. Kalau aku sentiasa ada di samping mereka, entah-entah aku juga bersikap yang sama. Tapi aku tidak boleh terima kalau seorang anak lelaki melepas tangan sama sekali. Tanggungjawabnya pada orang tua dilupakan begitu saja. Melihatkan itu, aku terfikir-fikir apa seronoknya berkahwin sampaikan orang tua senang-senang dilupakan.
Itu yang lelaki. Anak perempuan lain pula masalahnya. Bapak aku kata, hidup sebumbung dengan menantu dan anak, banyak kelemahan yang dia nampak. Tetapi dalam masa yang sama susah untuk ditegur kerana si suami adalah menantu. Melihat anak-anak buahku yang semakin membesar dengan kurangnya bimbingan orang tuanya sendiri membuatkan aku terfikir-fikir, untuk apa ada anak. Adakah sekadar untuk keturunan atau sebab suka melihat kanak-kanak yang comel? Pernahkah mereka terfikir apa akan jadi bila kanak-kanak itu meningkat dewasa? Adakah akan menjadi beban atau menyenangkan? Adakah akan memalukan atau membanggakan? Kau tahu, aku pernah juga cuba-cuba membayangkan pasal kahwin. Mungkin, hal yang paling seronok yang aku boleh bayangkan adalah ikatan halal suami isteri. Selebihnya, ia menakutkan. Sudahnya, aku tak berani bercakap soal kahwin. Apalagi sebelum aku berangkat pulang ke KL, bapak aku ada cakap. Kalau kamu kahwin, mesti kena pandai bergaul. Bukan dengan isteri saja, tapi dengan keluarganya. Dengan saudara maranya. Dan, aku mendadak membayangkan kerumunan manusia. Di tengahnya ada aku berpeluh-peluh kegugupan. Jadi, aku pun menyimpulkan. Berkahwin bukan tentang wang semata-mata. Ia adalah tentang keberanian. Boleh jadi orang-orang di luar sana yang mampu berkahwin tetapi masih saja bujang disebabkan mereka takut. Tidak mustahil itu juga akan berlaku pada aku.
Apahal aku tulis pasal kahwin ni. Rasanya cukuplah sampai di sini walaupun belum semuanya aku ceritakan. Aku harap dengan catatanku ini dapat mengubat sedikit kerinduanmu. Harap-harap tulisanku pada masa akan datang masih ada dan bertambah baik.
~~~

Ulasan