HARI KE-21
Aku sedang baring mengiring ke kiri menghala tingkap. Tingkap ni takde langsir. Rumah ni tingkat paling atas. Aku baring dekat ruang tamu ni. Semua orang dah tidur. Ruang tamu gelap. Sambil aku baring mengiring memerhatikan luar tingkap tanpa langsir, dapatlah lihat langit. Sambil layan lagu Nine in the Afternoon, tiba-tiba kapal terbang lalu melintas di ruang pemandangan. Lampu berkelip-kelip nampak dari jauh. Aku rasa tenang gila tengok pemandangan tu. Kalau dengan makwe ni, mungkin pemandangan paling romantik. Okey, selamat malam semua. Impian aku malam ni, aku tak nak jadi kuli sampai tua.
***
Bangun pukul enam pagi. Mandi dan bersiap-siap untuk kerja. Lepak melengung cuba mencari ketenangan pagi dan cuba jalan kaki perlahan-lahan ke tempat kerja dan berharap masa pun bergerak perlahan menuju ke pukul tujuh pagi. Sebab tujuh pagi dah mula kerja. Tapi itu semua harapan palsu. Masa tetap bergerak macam tu jugak tak kira kau siapa dia takkan tunggu. Pukul tujuh bermulalah kerja. Sarapan dekat tempat kerja, hasil sarapan tu memberikan sedikit semangat bolehlah buat bekalan hingga tengahari. Sampai tengahari semangat tadi pagi dah hilang entah ke mana. Cuba pujuk balik dengan lunch. Terpujuklah balik. Itu kalau kau lunch, kalau duit tak cukup terpaksa ikat perut untuk makan malam. Ceritanya dekat sini duit tak cukup. Dia punya lapar tu rasa nak hantar surat berhenti dekat bos, puncanya lapar. Nak tunggu sampai tujuh petang baru habis kerja. Sekejap-sekejap tengok jam, haram jadah masa tiba-tiba macam tak bergerak. Terseksa jiwa anti kapitalis ni. Makin nak pukul tujuh, makin lambat rasa masa bergerak. Tahan punya tahan, akhirnya tiba jugak pukul tujuh. Sampai rumah makan roti dua keping, biasalah bujang. Bujang merantau. Tak biasa rasa susah memang lu anak manja. Lepas mandi semua, baring-baring main fon terus terlena. Padahal jam baru pukul lapan setengah. Padahal sebelum balik tadi, dah rancang nak tengok TV sampai pukul sebelas sebab nak raikan malam. Takut nak tidur. Sebab bila tidur, masa cepat berlalu. Masa cepat berlalu menuju ke pukul tujuh pagi. Tujuh pagi kena pergi kerja. Ahhh, fuck! Kau orang pernah rasa macam ni?
HARI KE-23
Aku mahu kamu. Aku tersangat mahukan kamu. Aku usaha usaha dan terus usaha demi kamu. Sehinggalah aku berhenti dan hanya menunggu. Menunggu dengan sedikit harapan. Harapan untuk kamu datang memulangkan sesuatu yang selama ini aku usahakan. Dan ya ia berlaku. Kamu datang untuk memimpin aku. Memimpin untuk jalan bersama. Aku dan kamu berdampingan berjalan bersama berdua dan semuanya seketika. Semuanya kerana aku.
Aku yang tak mampu. Aku tak mampu untuk memulakan langkahan bersama. Aku tak mampu melangkah berdua. Hati aku membengkak. Bertambah parah jika aku tak melepaskan kamu. Dalam masa yang sama, aku rasa seperti seorang bahalol membiar dan melepaskan kamu pergi setelah kamu datang kepada aku. Usaha aku. Penantian aku. Berharapnya aku suatu ketika dahulu. Itu semua bullshit!
Aku yang tak mampu. Aku tak mampu untuk memulakan langkahan bersama. Aku tak mampu melangkah berdua. Hati aku membengkak. Bertambah parah jika aku tak melepaskan kamu. Dalam masa yang sama, aku rasa seperti seorang bahalol membiar dan melepaskan kamu pergi setelah kamu datang kepada aku. Usaha aku. Penantian aku. Berharapnya aku suatu ketika dahulu. Itu semua bullshit!
Sepatutnya waktu itu, ada orang tikam aku. Pancung aku punya usaha. Supaya pukimak ini tidak berlarutan sehingga kini. Sekarang aku rasa macam bitch yang fuck dengan berlainan lelaki pada setiap malam. Pilihan itu sentiasa ada tapi masa memilih itu yang seksa. Bertambah parah jika tidak diberikan masa. Shit!
***
Aku pantang betul kalau masa aku nak mandi, air dalam tong takde. Lepas mandi tahan lah air tu. Takkan tu pun aku nak kena suruh kot. Niat aku nak mandi kerbau pun tak kesampaian. Terpaksa mandi pakai air pancut. Mana feel mandi kerbau pakai air pancut. Feel dia tak sampai. Takde bunyi hentakan air ke lantai.
KCEBURRRRR!!
KCEBUURRRRR!!!
BRAAAAAHHHH!!
BRAHHHHHH!!
KCEBURRRRR!!
KCEBUURRRRR!!!
BRAAAAAHHHH!!
BRAHHHHHH!!
***
Hidup adalah esensi yang diserikan dengan keberadaan eksistensi. Begitu juga manusia yang sering termanifestasi disebabkan eksistensi lalu melupakan esensi.
Real juga aku berfalsafah pukul sebelas ni.
Real juga aku berfalsafah pukul sebelas ni.
***
HARI KE-26
Manusia bila dikelilingi puak-puak dia, dia rasa kuat dan rasa besar. Bila masuk tempat orang sorang-sorang, automatik dia akan rasa kecil.
Kau pernah tengok orang main bola tak? Mestilah pernah tengok, kan? Hari ini kau penonton. Kau maki hamun pemain tengah padang yang main serupa celaka. Itu normal. Esoknya kau jadi pemain dan kau main macam bangsat. Automatik kau akan kritik diri kau sendiri, kau akan maki diri sendiri sebab prestasi macam celaka dan mengecewakan penonton. Ini pun normal.
Apa yang aku cuba sampaikan dekat sini. Bila kita bodoh, kita akan kritik hal-hal sekeliling. Bila kita pandai, kita akan kritik diri kita sendiri. Aku tak boleh terangkan secara mendalam. Fikirlah sendiri.
***
Petang semalam semasa aku berada di Pasar Seni, aku rasa lapar petang tu. Aku beli keropok lekor dengan pisang goreng. Makcik sebelah aku pun beli makanan yang sama dengan jumlah yang sama. Sebenarnya aku tiru makcik tu, sebab dia yang beli dulu. Lepas tu aku ikut belakang makcik tu. Aku pergi tunggu bas dekat stesen yang sama dengan makcik tu. Masa berjalan tu ada kupu-kupu macam tak larat terbang, dia ada dekat lantai sambil cuba-cuba kibarkan sayap untuk terbang tapi gagal. Makcik tu dengan payungnya cuba membantu kupu-kupu tu. Aku berhenti untuk melihat. Kupu-kupu tu berjaya hinggap ke seluar seorang mamat. Makcik tu blah mungkin makcik tu rasa kupu-kupu tu dah selamat sebab tidak lagi berada di lantai, tempat laluan orang ramai. Aku masih melihat kupu-kupu tu. Tak lama kupu-kupu tu melekat dekat seluar mamat tu. Kupu-kupu tu jatuh tersungkur kembali ke lantai laluan pejalan kaki. Aku baru nak pergi, ada kaki terpijak kupu-kupu tu. Aku pandang muka. Mat saleh rupanya. Dia pun tak sengaja. Dia melompat selepas terpijak dan dia goyang kepala tanda kesal. Aku yang melihat lagi berganda perasaan bersalah. Mamat yang kupu-kupu menumpang sekejap dekat seluar dia tu buat bodoh. Macam takde apa-apa.
***
HARI KE-27
Hidup aku sentiasa terikat dengan sistem. Dulu masa sekolah aku bangun pagi pergi sekolah. Belajar, benda yang aku tak minat pun aku kena belajar tapi tak pandai-pandai. Lepas tu berharap keputusan peperiksaan dapat baik. Masa sekolah aku tak sabar nak habiskan zaman persekolahan. Aku nak kerja. Aku tak nak buat kerja sekolah dekat rumah. Aku fikir duit je. Bila habis sekolah aku kerja. Kerja macam-macam kerja. Semua tak ngam. Aku tak suka terikat dengan sistem. Sama macam sekolah. Kadang-kadang tak boleh tidur memikirkan kerja yang bakal aku hadap esok hari. Kerja sekolah tiada, tapi masalah kerja jadi pengganti. Dulu aku kerja sebab nak duit beli itu ini. Aku nak senang boleh bukak mata kawan-kawan. Tapi itu dulu. Malaysia dulu dan sekarang pun berbeza apatah lagi aku. Sekarang aku rasa dapat duit untuk aku makan dan bagi mak aku pun cukup dan bayar hutang kawan-kawan. Tapi dah macam-macam kerja aku buat semua tak enjoy. Mungkin bagi orang lain nak kaya atau survive tak perlu enjoy tapi bukan aku. Aku tak suka buat sesuatu dengan paksaan. Bila aku terpaksa aku akan dua puluh empat jam cuba sedapkan hati aku sendiri tapi gagal. Aku rasa aku nak buat sesuatu yang mendatangkan duit tapi aku tak perlu jadi kuli pada golongan kapitalis. Tapi apa dan bila? Aku tak boleh buat sendiri benda ni. Aku harap aku akan dapat buat semua ni. Entah kenapa aku tak tertarik nak cuba kerja kerajaan. Bukannya aku tak fikirkan masa depan tapi aku nak lain daripada kerajaan. Apa-apa pun selamat malam. Pastikan hari esok bertambah matang daripada hari ini.
HARI KE-28
Meja depan aku ni ada empat orang budak mungkin belasan tahun. Bawak papan chess diorang main. Sambil hisap rokok dan order air kosong. Agak-agak mak bapak diorang tahu ke tidak ni. Nasib baik aku takde adik. Tak pening kepala nak jaga.
Sebelah aku ada pasangan duk berkau-aku sambil tampar-tampar manja dekat badan. Adik-beradik barangkali. Tak pun laki bini, jenis rare panggil kau-aku.
Tadi aku terlepas cakap “cibailah” dengan kuat bila buletin utama tunjuk geng mempertahankan agama pasal dah makan Cadbury babi. Diorang dalam TV cakap, macam mana nak buat umrah sebab dah makan Cadbury babi. Aku rasa dorang bangang jadi aku terlepas cakap “cibailah”.
Kakak tepi aku kerling sedikit dekat aku. Aku buat biasa sambung makan nasi goreng sorang-sorang.
***
Aku terfikir dan terbayang. Ada satu orang yang tak punya duit tapi boleh hidup perut kenyang tak lapar. Dia dengan sebungkus beg pakaian. Dia pergi ke satu daerah dengan tak punya wang. Dia pergi ke restoran bertanyakan kerja membasuh pinggan supaya mendapat duit poket untuk sehari dan makan percuma untuk waktu itu. Selepas itu dia mencari tempat berteduh dan tidur seperti gelandangan yang lain. Bezanya dia suka, ingin merasa bukan terpaksa.
Esoknya dia bergerak lagi ke satu wilayah baru. Melakukan apa yang perlu sambil memerhati dan menikmati tempat baru. Sambil menggelakkan kita dan aku yang hidup seperti mesin. Kerja tak pernah habis sebab golongan monarki dan kapitalis sentiasa mahu menambah kekayaan. Tenaga kita sentiasa dikikis sampai habis, hujung bulan kita disedapkan dengan kertas bernilai beberapa cebis.
Kita senyum melupakan tekanan. Kita rasa berbaloi. Tak sampai seminggu duit pun habis membayar itu dan ini. Kita kembali bekerja. Menunggu habuan dihujung bulan. Rutin yang takkan habis. Lelaki itu jadi gelandangan menulis pasal kita sambil terbahak-bahak.
Dia bebas walau tak kaya.
***
Pukul tujuh aku sedar. Pukul lapan aku sedar. Pukul sembilan aku sedar. Pukul sepuluh tiga puluh enam aku sedar bila kamu mesej. Aku terus mandi, bersiap dan bertolak melangkah ke luar rumah. Langkahan aku hari ini dan tadi bukan untuk aku. Tapi untuk kamu.
Aku kunyah chewing gum tadi bukan untuk aku. Tapi untuk mulut busuk aku. Aku makan nasik tadi, ya itu barulah untuk aku. Untuk perut aku yang sebenar-benarnya.
Bila sampai rumah aku rasa pelik. Pelik sebentar dan kemudian rasa bodoh sebab aku terpaksa buat kerja untuk kali kedua esok hari. Rasa bodoh itu sebentar kerana aku yang hadirkan rasa itu. Aku boleh ubah bila-bila masa.
Sefa orangnya biasa. Berkaca mata. Tapi penulis. Masa jumpa tadi muka dia sembab macam baru bangun tidur. Tapi dia penulis. Naik motor Shogun. Pakai baju kelabu. Berseluar jeans macam aku. Tapi dia penulis.
Perbualan tidak lama, masing-masing macam malu tapi rasa macam dah kenal lama. Untuk seminggu ni aku tak perlu risau bos nak marah aku atau apa.
Sebab aku dah buang bos aku dari hidup aku. Aku boleh buat seperti video di Youtube bertajuk Live Life to the Limit. Bos telefon, aku boleh selamba reject.
Untuk seminggu ni saja.
Untuk seminggu ni saja.
CINTA SEMENTARA
Hari itu Farah menonton teater Awek Chuck Taylor bersama Alep. Teater itu berjaya menjatuhkan air mata perempuannya. Manakala Alep masih stres akibat selsema yang menghantuinya sejak semalam.
Ketika Farah menangis teresak-esak Alep pun berkata, “Farah, nah tisu. Kesatlah airmata tu. Jangan sedih sangat.” kata Alep sambil menghulurkan tisu.
Farah hanya mencebik dan berkata, “Ishh! You ni, bagi tisu yang bekas you lap hingus tu eh? Bagilah kain baru untuk I.” jelas Farah kemanjaan dan sedikit menjengkelkan.
Ketika Farah menangis teresak-esak Alep pun berkata, “Farah, nah tisu. Kesatlah airmata tu. Jangan sedih sangat.” kata Alep sambil menghulurkan tisu.
Farah hanya mencebik dan berkata, “Ishh! You ni, bagi tisu yang bekas you lap hingus tu eh? Bagilah kain baru untuk I.” jelas Farah kemanjaan dan sedikit menjengkelkan.
“Okey, jap saya bukak stokin dulu yer.” Selamba Alep menjawab dan serta-merta membuka kasut Chuck Taylor milikya di depan orang ramai. Semenjak peristiwa itu, Alep kembali solo mencari cinta yang baru.
P/s : Dapat idea selepas menonton teater Awek Chuck Taylor.
HARI KE-131
Aku cucuk headphone di lubang telefon. Aku mainkan score Transformers. Aku layan dan buaikan hati melalui perasaan. Perasaan sunyi yang masih berbaki semenjak peristiwa pagi. Sukar untuk aku hadam. Aku cuba-cuba melorek puisi tentang sedih namun gagal. Bukanlah kesedihan menyelubungi diri, semuanya bergaul terkacau dengan sendirinya mengundang rasa seakan-akan mahu mati. Aku ulang dan terus ulang alunan Steve Jablonsky menerjah dan mencemar halwa telinga. Aku perlukan latar untuk menolak aku ke hadapan. Aku perlukan latar untuk menghabiskan tulisan ini. Alunan melantun lonjak ke Kotak Hati dikala cuaca membenarkan untuk hujan. Awan berkepul-kepul gelap meraikan hari ini. Tanpa John dan Ivan, tanpa Alep dan Leman. Hanya aku kembali menghuni ruangan sempit berkayu. Bukan ini yang aku rancangkan, bukan ini yang aku harapkan. Namun inilah yang bermain di hadapan mata. Ditemani hentakan kaki budak-budak berlari di koridor, aku kembali ke Poweramp memutar Arrival to Earth dan menunggu tamat.
Aku sedang menikmati hujan di sini.
***
Di satu sudut seorang lelaki tertanya-tanya siapakah penggerak untuk menggerakkan orang bawah supaya bergerak? Dan siapakah ketua kepada penggerak yang menggerakkannya untuk menggerak orang bawahan?
Dia pasti ada penggerak kepada penggerak sebelum bertemu kepada Sang Penggerak yang sebenar. Seperti Inception kalau kau tahu.
Manakala di sebelah sana pula kelihatan seorang lelaki ataupun budak yang merasa talak sebelum waktu. Meludah-ludah dan menjilat-jilat kembali di tepi pangsapuri. Tanpa dia sedar bekas hatinya dijilat hebat di sebelah situ.
Di manakah yang lain?
***
Kawan kerajaan aku call aku dua kali baru tadi. Aku tak angkat, malas melayan. Dia mesej aku.
“Abul, hang ada mana? Tempat kerja aku ada kosong, seminggu gaji rm600.”
Aku balas.
“Kerja apa lagi? Supply education? Kalau jual barang aku tak minat? Kerja dia macam mana?”
Dia balas.
“Bukan jual barang, kerja kita supply education.”
Aku tak balas dah. Cilake...tak habis habis supply education dia. Bukan nak terangkan apa dia. Cilake cilake.
***
Bangla depan aku ni rilek je tekan loceng bas, bila bas berhenti dia buat muka selamba tak nak turun. Main main loceng pulak dia. Dekat Bangladesh takde bas berloceng ke apa.
Pakai fon besar dia update status Facebook, aku usha je status dia dari belakang.
“Today i going to KLCC.”
***
POSITIF
Pagi ini aku cuba untuk menjadi manusia yang paling positif yang aku pernah jadi.
Aku dan kamu semua pernah melakukan kesilapan dan mungkin sekarang ini kita sedang melakukan kesilapan. Namun, ada yang masih ego untuk mengakuinya. Aku dijadikan sebagai individu. Aku yakin segala kejahatan, kebaikan, kejayaan, kegagalan dan kesilapan yang aku lakukan telah ditulis. Mungkin kau dijadikan Dia supaya aku boleh menyakitkan hati kau, supaya aku melakukan kesilapan dan belajar melalui kesilapan itu. Dan, kau yang aku sakitkan tadi akan belajar dan menjadi manusia yang tabah dan kuat di masa hadapan. Setiap yang berlaku ada hubung kait jika kau melihat dengan terperinci.
Aku dan kamu semua pernah melakukan kesilapan dan mungkin sekarang ini kita sedang melakukan kesilapan. Namun, ada yang masih ego untuk mengakuinya. Aku dijadikan sebagai individu. Aku yakin segala kejahatan, kebaikan, kejayaan, kegagalan dan kesilapan yang aku lakukan telah ditulis. Mungkin kau dijadikan Dia supaya aku boleh menyakitkan hati kau, supaya aku melakukan kesilapan dan belajar melalui kesilapan itu. Dan, kau yang aku sakitkan tadi akan belajar dan menjadi manusia yang tabah dan kuat di masa hadapan. Setiap yang berlaku ada hubung kait jika kau melihat dengan terperinci.
Dan, ya kepada yang aku telah berlaku silap, aku minta maaf. Aku yakin ini bukan pengakhiran untuk aku berbuat silap. Aku pasti akan ada dan terus ada. Pada yang berbuat silap pada aku, aku biarkan. Memang tugas aku untuk menjadi mangsa kau dan kau. Itulah kitaran dunia.
Pagi ini aku cuba untuk menjadi manusia yang paling positif yang aku pernah jadi.
SENYUM KAMBING
Aku suka tengok perempuan tu. Selama berbulan-bulan duduk di sini, baru dua kali terserempak dengan dia di dalam bas. Aku duduk di belakang sekali. Aku nampak dia naik bersama seorang kawannya. Dia comel, nampak macam perempuan yang berperwatakan lurus, naif dan aku suka. Pemakaian dia ringkas hanya berbaju lengan panjang, berseluar jeans longgar berwarna hitam dan bertudung. Aku perhati dari belakang. Walaupun aku hanya memandang bentuk kepalanya dari belakang tapi tanpa aku sedar, aku dah tersenyum kambing sorang-sorang. Dalam hati aku, kalaulah dia satu tempat kerja dengan aku...memang aku ngayat sampai dapat. Tengok gayanya macam masih belum berpunya. Tapi tulah dia hanyalah stranger yang aku jumpa, mungkin disebabkan kebetulan atau nasib. Dia turun bas dulu sebelum aku. Dan aku tak dapat tengok wajahnya buat kali terakhir sebab dia turun ikut pintu depan. Dan aku tahu mungkin selepas ini aku tak akan dapat melihat dia lagi, jadi aku buat catatan ringkas tentang momen ini untuk aku syok sendiri. Dan mungkin juga catatan panjang di buku nota aku. Berharap bila sudah tua bolehlah aku baca dan feel muda lalu tersenyum kambing sorang-sorang lagi.
HARI KE-254
Percayalah gua cakap sama lu orang, orang yang kelihatan manis di hadapan semua orang...orang macam inilah kena berhati-hati. Tak payah nak bersangka baik dua puluh empat jam sangat. Aku yang dah kena ni bagi aku dah tak relevan dah nak bersangka baik di zaman sekarang. Ini pendirian aku.
Aku nak jadi baik tetapi disebabkan orang-orang yang macam ni aku tak larat nak jadi baik.
Lagi satu kebanyakan mentaliti orang akan kata kerja gomen ni kerja yang paling terbaik di atas muka bumi. Paling bermasa depan. Disebabkan mentaliti bangang ni lah banyak orang gomen pandang serong dan sinis dengan pekerjaan bukan gomen macam aku. Padahal baru kerja kerani cabuk tapi disebabkan gomen la katakan dia punya kerek tu ada lain macam sikit.
Selamat pagi buat pekerja kilang, pekerja swasta dan lain-lain.
***
Cantik makwe tadi, siap bagi kucing depan aku ni makan. Aku perhati je dia bagi makan. Makwe tu blah, kucing tu sekadar hidu ambil bau je. Cilaka punya kucing memilih!
Aku usha makwe tu sampai hilang dari pandangan mata kasar. Dua orang pulak tu. Mana satu aku nak pilih pun tak tahu.
Aku perhatikan kucing pulak, apahal takmau makan. Aku pergi dekat makanan tu tengok-tengok...laaahh.
Roti burger makwe tu bagi. Cubalah berfikir seperti kucing. Kucing mana reti makan roti woi!
***
Korang pernah rasa tak dalam sehari tu serba tak kena. Buat apa pun tak kena. Update status rasa nak maki orang tapi tak boleh nak lepas. Kau duduk sendiri-sendiri tapi entah kau rasa macam ada kuasa psikik yang boleh kesan ada orang-orang dekat luar sana duk gelak dan seronok sebab dah memperdajalkan kau. Kita rasa dorang paling rapat padahal doranglah paling pukimak. Pernah rasa tak? Rasa nak tumbuk dan terajang sesuatu je tapi duk tahan. Pernah rasakan? Confirm pernah punya tambah-tambah lelaki. Sekarang aku rasa macam tulah!
***
Semalam sebelum balik aku sempat jugak bercakap dengan kucing depan rumah. Aku cakap dekat dia, “Kucing kalau kau faham apa yang aku cakap ni, kau doakan aku dipermudahkan segala urusan pada hari-hari mendatang okey.”
Dia tenung je muka aku tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Aku syak dia faham. Bercakap dengan kucing ni lagi mudah daripada bercakap dengan sesetengah manusia dekat luar sana.
Aku bercerita tentang kesedihan, dia boleh bantai gelak. Serius gua cakap lu dekat sini lu celaka. Kalau gua boleh sumpah lu, gua tak sumpah lu jadi kucing sebab lu lagi hina dari kucing. Mungkin gua sumpah lu jadi joystick Playstation 4, hari-hari kena tekan. Kadang-kadang kena hempuk sampai pecah. Dah pecah gua beli lagi, sebab maruah lu boleh beli dengan duit. Ini deep...betul-betul deep. Lu telanlah buat sarapan.
HARI KE-149
Hati, aku tak tahu bentuk hati. Aku malas nak Google. Tapi aku tahu, di satu sudut hati aku sekarang sedang marah. Marah pada percaturan manusia yang kejam. Dan, di sudut yang lainnya pula, hati aku berkata, “Paranoidkah aku kerana marah dengan perkara yang aku sendiri tidak pasti, perkara yang sekadar timbul oleh rasa.”
Namun, setelah difikir-fikir aku yakin, aku memang patut marah. Ketika ini, aku rasa nak memaki hamun. Namun fikiran warasku menghalang aku berbuat demikian. Kerana aku tahu, kata-kata yang terluah mencerminkan siapa aku. Buat yang kesekian kalinya aku menipu orang ramai dengan berlakon cool. Berlagak tenang.
Tapi percayalah jauh di sudut hati aku ni...nak saja aku tembak tepat di kepala mereka yang membuat diriku berasa seperti pukimak ini menggunakan Dragunov.
Kalaulah boleh...
Kalaulah boleh...
Kalaulah boleh...
Mungkin kau yang sedang membaca ni sudah mati ditembak.
“Don't put your happiness in other people's hands. They'll drop it. They'll drop it every time.” —C. Barzak
“Don't put your happiness in other people's hands. They'll drop it. They'll drop it every time.” —C. Barzak
***
Secangkir kopi terletak di atas meja betul-betul di hadapanku. Buku kumpulan cerpen di tangan, kusidai kangkangkan di paha buat penanda. Kepala disandarkan sambil halwa telinga disajikan dengan lagu yang aku pun tak tahu apa tajuknya. Radio di bilik ini terpasang sejak petang. Aktiviti malamku, diisi dengan pelbagai maklumat bacaan. Dari yang logik hinggalah yang dongeng semua aku hadam satu-satu. Perlahan-lahan.
Petang sebentar tadi aku rasa macam nak angkat tangan tinggi-tinggi...setinggi yang mampu dan melambai-lambai tanda menyerah kalah. Aku mahu berhenti menulis.
Sepertinya aku belum pun bermula dan tak semena-mena mahu berhenti. Pintu bilik di buka tiba-tiba, mematikan lamunan aku serta-merta. Kelibat kawanku masuk berjalan mengambil tempat tidurnya...dia melihatku dengan pandangan lemah.
Mulutnya seperti hendak berkata, “Aku mengantuk.”
Aku menganggukkan kepala membiarkan sahaja. Jam di depanku menunjukkan sudah pukul 0545 pagi dan aku masih lagi berjaga menanti azan subuh dilaungkan. Dan, ketika ini juga aku masih mahu mencoret sesuatu walhal petang tadi rasa dah tak sanggup nak menyambung minat ini. Tapi rasa tetap rasa, habis takat situ. Apalah rasa itu jika nak dibandingkan dengan semangat yang ada dalam diri.
Semangat takkan habis di sini, sana atau situ. Kerana semangat, aku masih mampu mencoret kisah pagi ini. Aku tahu, aku takkan berhenti di sini.
Kipas angin di dinding menembak tepat ke tubuhku. Aku bangun mematikan putaran. Sesungguhnya tubuh kecil ini bukanlah kebal dengan kesejukan. Secangkir kopi yang masih panas aku cicip sekali dua. Aku bangun meninggalkan kopi yang masih berbaki.
Azan subuh sayup-sayup kedengaran menandakan coretan aku tamat di sini. Gayanya seperti diari atau jurnal buat aku.
Tak salah aku pagi ini pilihanraya kecil di sana.
Orang-orang sana buat pilihan yang sebaiknya.
Selamat mengundi.
Selamat pagi buat semua.
Assalamualaikum.
CUKUP SYARAT
Aku pernah kerja pengawal keselamatan dekat kilang kepunyaan Cina. Hari tu ada satu kereta mewah masuk. Aku tahan kereta tu sambil pegang buku untuk pelawat keluar masuk. Dia berhenti dan menurunkan tingkap, kelihatan seorang lelaki Cina di bahagian pemandu dan berkata,
“Saya bos kilang ni, boleh eh saya masuk.” Sambil senyum dia memberitahu kepada aku.
“Okey okey bos.” jawabku ringkas sambil mengukir senyum. Dan sebelum berlalu pergi dia mengangkat tangan kepada aku. Dan datang sorang brader melayu menaiki motor berhenti di hadapan aku.
“Itu Datuk tu hang tahan.” katanya.
“Okey okey.” balasku.
Dan selepas itu aku buat kerja rilek-rilek, sekurang-kurangnya bos besar sudah nampak aku buat kerja.
SEMENJAK JUN
Aku kalau boleh taknak tidur malam sebab aku nak menikmati malam. Meneman sunyi sambil merenung bulan yang pucat bercahaya. Malam aku boleh berfikir tanpa gangguan matahari yang sedang marah. Aku boleh berfikir tanpa gangguan kerja dan manusia-manusia lain. Tapi sekarang aku terpaksa dan dipaksa untuk tidur kerana kerja.
“Tidurlah, esok nak kerja.”
Satu suruhan berbentuk paksaan yang dikawal sistem.
“Tidurlah, nikmati malammu bersama-sama mimpi.”
Tidur untuk menikmati hanya jika aku seronok untuk menyambut hari esok. Tapi aku sukar bermimpi semenjak menjadi orang suruhan yang digaji. Aku celik melihat masa, masa untuk masuk kerja. Dan berharap masa melengah-lengahkan dirinya untuk aku.
Selamat malam.
CERITA BOS DULU
Bos lama call aku tadi, nak aku kerja dengan dia balik. Dia suruh aku fikir sepuluh minit untuk buat keputusan. Aku pun fikirlah sepuluh minit lepas tu aku mesej dia.
“Bos, terima kasih sebab offer kerja sama saya. Tapi esok saya kena balik kampung dah. Maaf bos.”
Sopan dan penuh hormat aku mesej dia. Padahal aku dah dapat kerja lain. Dia pun balas dekat aku.
“It's ok, no problem ok.”
Lega hati aku. Bos lama aku ni India. Bukan semua India macam paria. Kadang-kadang Melayu pun ada macam paria. Jangan nilai melalui bangsa sangat. Aku terharu tapi lama-lama rasa nak call bos aku balik. Aku nak suruh dia pecahkan telefon dia sebab setiap lima minit mesej dia masuk cakap.
“It's ok, no problem ok.”
Rosak ke apa kejadah telefon bos aku ni. Masuk ni dah enam mesej sama duk masuk inbox aku. Nak mintak simpati agak-agaklah bos.
KITA SELAMANYA PEKERJA
Disebabkan pagi-pagi lagi aku dah disuapkan dengan keluhan. Jadi aku nak tulis sikit jenis-jenis orang yang aku sempat jumpa dan perhatikan.
(1) Jenis yang mengeluh dari pagi ke malam. Bos macam cibai, pengurusan entah apa-apa. Syarikat bayar gaji lambat dan macam-macam lagi. Semua salah pengurusanlah cerita dia.
(2) Jenis yang masih mencari kerja mengikut gaji yang bersesuaian. Gaji tak cukup. Kerja semua okey takde masalah. Cuma gaji tak cukup menampung kos perbelanjaan hidup. Terpaksa berhenti kerja sehinggalah jumpa kerja yang gajinya betul-betul ngam dengan kehendak.
(3) Jenis yang ada pelajaran tinggi. Bermula dari kerja bawahan sebab nak bagi ada duit poket buat modal cari kerja yang lebih sesuai dengan kelayakan. Dalam kes ni boleh jadi akan bertukar kerja sampai empat lima kali jugak.
(4) Jenis yang suka kumpul pengalaman. Suka mencuba perkara baru. Suka teroka tempat baru dan suasana baru. Segala galanya baru. Jenis cepat bosan mungkin. Orang macam ni selalunya tiada komitmen tetap. Kira macam lone ranger.
(5) Jenis tak suka kerja banyak kali. Dia duduk rumah sampai betul-betul dapat tawaran kerja yang gajinya cun. Jenis memilih.
(6) Ni jenis paling aku menyampah. Sepanjang hidup suka komplen dan tak pernah muhasabah diri sendiri. Nak kerja senang, bila dah dapat dia mengeluh gaji sikit pulak. Berhenti cari kerja lain. Dapat kerja gaji besar dia mengeluh kerja teruk pulak. Berhenti lagi. Dapat kerja yang ngam suam-suam kuku je sibuknya dan gaji pun kena dah dengan kerja tapi mengeluh suasana kerja macam pundek pulak. Berhenti lagi. Yang ni aku tak tahu apa dia nak. Nak jadi bos memang tak layak. Nak berniaga kerja sendiri, duit untuk modal takde. Lagipun tak minat berniaga. Yang ni jiwa dia kacau sebab dia tak tahu apa yang dia nak. Segala punca dia berhenti, berpunca dari orang lain bukan dia. Dia tak jumpa cermin untuk dia cermin diri sendiri lagi.
Jenis aku ni pulak. Aku kerja untuk duit poket aku. Untuk bayar apa yang patut, untuk bagi mak bapak aku. Tapi kerja apapun aku tak kisah kecuali kilang dengan pejabat aku tak boleh. Sebab aku tak boleh nak berpakaian formal. Aku tak selesa jadi macam budak sekolah. Aku ada matlamat jugak taklah besar mana. Aku nak kerja yang aku rasa bebas. Aku rasa ketagih nak buat kerja tu. Bila aku tak buat, aku rasa rindu. Heh, serupa je! Selamat bekerja!
HARI KE-17
Masuk kerja hari Ahad duduk saja sebab tak sibuk. Main Facebook kejap, layan movie satu dua. Sampai tengahari terus makan. Perghhhh, itupun mengeluh lagi pasal hidup. Padahal ada orang dekat luar sana bertarung nyawa nak dapatkan sesuap nasi. Ni aku makan ni entah puak gelandangan yang tidak bernasib baik tu dah makan ke tidak.
Masuk Facebook tengok orang ramai menghentam kerajaan. Hentam dan terus hentam, bila lapar makan. Pergh, ironinya hidup. Tak salah menghentam tapi aku rasa dalam duk menghentam tu ada ke kita ingat orang yang lagi susah dari kita.
Duduk rumah main Facebook, tengok movie, layan lagu. Sampai masa makan, kita makan. Rutin yang membahagiakan yang tak sepatutnya kita mengeluh. Aku rasa bersalah tiba-tiba sebab aku tiada sumbangan untuk membantu. Aku hanya boleh menulis mengeluarkan pendapat dan fikiran untuk aku dan kamu semua berfikir.
Pemimpin sibuk memajukan negara. Tapi kemiskinan dan gelandangan masih membiak. Ada ke dorang fikir pasal ni? Dorang ada rasa bersalah macam mana aku rasa sekarang ni tak? Aku rasa kemiskinan dan gelandangan di Malaysia tidak dapat dibantu oleh pemerintah. Rakyat harus saling bantu membantu sesama rakyat. Cuba kau tengok rancangan Bersamamu. Diorang mintak bantuan dari rakyat jugak suruh bank in sumbangan. Ada pemimpin tengok? Aku terfikir. Aku bukan siapa-siapa sebab aku pun tengah bertarung dengan keadaan semasa yang semakin menghimpit. Aku hanya boleh tulis dan terus tulis tentang perit hidup supaya ada anjakan yang berlaku walaupun sedikit.
***
Selama beberapa hari aku hanya berbantalkan kain pelekat. Malam ini aku korbankan sedikit kepala Agung untuk sebuah bantal. Itupun ada suara-suara kata, “Tikar taknak beli ke? Takkan berlapik lantai saja?”
Yang paling utama bagi aku hidup merantau ni adalah dapat tempat berteduh, itu dah cukup. Lantai pun takpelah asalkan bukan lantai kaki lima.
Aku tak pernah tidur di kaki lima lagi. Aku cuma pernah tidur dekat stesen bas Butterworth, stesen bas Kuantan, stesen bas Melaka Sentral, stesen bas One Utama, taman permainan dekat Melaka. Yang dekat taman permainan paling rare sebab aku tidur dalam terowong gelongsor sebab nak menyorok dari anjing liar.
Masa tu aku takut. Tapi sekarang dah jadi sebahagian dari pengalaman yang aku boleh cerita, ini memang seronok. Ingatlah balik kesusahan yang kita pernah lalui. Selamat malam semua.
***
Aku perasan pendirian kebanyakan daripada kita ni bukan pendirian yang menyeluruh. Contohnya bila masuk bab politik. Bukan main menyampah dengan bangla, indon dan lain lain. Tapi dialah orang pertama terpacak depan TV tengok sinetron. Dalam playlist lagu semua band Indonesia. Tu pun ada selit-selit lagu Hindustan sikit. Kutuk bau bangla macam bau bawang. Tapi dengan cleaner bangla tempat kerja jugaklah kita seronok bergurau mengusik pun. Tapi kadang-kadang disebabkan politik atau disebabkan terlalu penuh sangat pendatang sebab tulah kita jadi marah dalam perdebatan. Tapi tindakannya di belakang kita boleh menerima golongan ni sebenarnya. Malaysia ni nak menuju negara maju, semakin maju semakin banyak kilang, semakin banyak kilang semakin meningkatlah pendatang luar. Nak salahkan siapa? Rakyat Malaysia bukan suka kerja kilang, contohnya diri aku sendiri. Aku alergi dengan kilang. Bila masuk kilang aku rasa nak pitam. Sebab suasana dia tertutup lepas tu aku kena ngadap komponen-komponen kecil sepanjang masa dalam keadaan berdiri tak berganjak. Memang bukan untuk aku. Aku pernah cuba tapi tak sampai seminggu aku blah. Itu aku, taktaulah orang lain. Aku rasa tindakan aku bodoh tapi bila aku dengar Bos Otai Burger berucap seperti ini.
“Kita ni kalau buat kerja apa pun, buat sungguh-sungguh. Kalau dah tak suka dengan kerja tu, berhenti terus. Takde masalah. Dah tak suka buat apa duduk kerja lagi. Masuk kerja mengutuk majikan, mengeluh kerja tak seronok dan macam-macam lagi. Baik berhenti terus daripada terus kerja tapi mulut mengata macam-macam.”
Lepas je aku dengar ayat dia tu. Aku rasa lega sebab yang cakap tu orang yang dah berjaya dalam hidup. Aku pun terus blah dari Otai Burger lepas dengar ceramah dia tanpa rasa bersalah.
HARI KE-18
Bermula satu di tempat hidup segan mati tak mahu.
Pergi dua ke tanah besar, datang satu bercampur tiga ke belantara konkrit.
Berjalan sama mendatar sehala. Makin ke selatan namun hilang satu berundur diri menyerah.
Tinggal berdua hanya redah ke sana sini mencuba seperti insan gila.
Pantang menyerah apatah lagi berpatah. Digenggam dan digendong bersama. Impian sama, cara berbeza haluan dua hala untuk satu satu.
Kembali berpisah mengukir jarak menggapai bintang yang tidak bercahaya.
Aku tahu dan nampak.
Aku hentam.
HARI KE-20
Sepatutnya aku patut teruskan menjadi diam diam diam diam dan terus diam daripada bercakap. Bila bercakap bukan ada orang dengar. Fak!
***
Pagi ini aku pergi kerja dengan cuaca mendung mengiringi. Nampak macam nak hujan lebat. Kalau hujan memang seronok kerja sambil menikmati kesejukan angin dingin hujan. Dia punya feel boleh kasi orang tertidur makan gaji buta. Menikmati dan melayan perasaan menerusi hujan ni ibarat menonton berita atau mendengar masalah orang lain. Tengok berita bunuh-bunuh, rasa geram dan kesian tu menerkam kalbu. Ada jugak yang mengambil keuntungan melalui penderitaan orang lain. Seperti menulis atau adaptasi ke filem. Sama seperti hujan. Kita mintak hujan sebab boleh layan tidur sampai mati. Bila ada kecemasan kena keluar ke mana-mana, yang ada hanya motor. Maka memaki hamunlah diri sambil meredah hujan. Serupa dengan masalah. Dengar atau lihat masalah orang lain ni kita suka (kebanyakan). Boleh dijadikan iktibar atau pengajaran. Tapi cuba kita bayangkan orang yang ada dalam masalah tu, mesti dia cakap, “Cibailah, aku tak nampak iktibar dekat sini. Aku letih nak lalui semua ni.”
Aku bercerita pasal ni sebab aku tengah depress. Aku rasa fuck. Aku beli sarapan tapi aku taknak makan, sebab bila kenyang aku akan jadi bangang yang lupakan seksa. Lupakan keperitan hidup. Bila lapar aku rasa marah. Marah sampai rasa nak bikin riot. Marah dengan kata-kata kesat yang membunuh. Bila aku kenyang, otak aku tak boleh berfikir. Masalah tak selesai rasa nak jerut diri sendiri. Ok takpelah, aku okey sebenarnya dekat sini. Aku kena makan jugak nasi goreng yang aku beli. Sambil makan dan menikmati hujan, aku nak raikan masalah ni diam-diam dalam hati sambil memaki orang yang lalu lalang.
***
Manusia mana yang nak ditimpa masalah. Ada ke orang berdoa nak ditimpa masalah. Ada ke? Takde brader. Tapi ikut mana pun kita kena hadap jugak. Macam hujan. Kau takde payung nak balik rumah ni. Siapa je suka redah hujan? Memang ramai yang suka hujan tapi berapa ramai yang suka duduk dalam hujan? Tapi kalau keadaan memaksa, kena redah jugak. Hasilnya belakang kira, kalau kau demam tandanya gagal. Kalau sihat kau lulus lepas masalah. Macam tu jugak masalah aku sekarang, aku tak boleh lari. Aku kena redah dan hadap tapi hasilnya aku tak tahu. Kalau boleh aku tak mahu tahu sebab aku tak nak hadap. Masalahnya sekarang aku kena hadap jugak! Ahh, fak!
***
Kesimpulannya, nak tengok matahari terbenam ramai-ramai. Bila hujan lebat turun semua cabut lari lintang pukang. Kalau ada yang setia duduk dalam hujan, itu istimewa dan yang istimewa ni wajib simpan.
***
Aku jongketkan kerusi ke belakang beberapa kali. Helaian surat khabar di atas meja aku tenung seminit. Kutoleh pandangan ke depan, merenung ke luar jendela dengan renungan yang kosong.
“Esok you trylah pergi temuduga hotel tu. Alamat ada dalam paper tu, saya bagi sama you.”
Masih terngiang-ngiang suara uncle Victor yang bersungguh-sungguh nak aku pergi temuduga tu. Bukannya dia tak tahu aku kerja malam. Temuduga pukul sepuluh, gila apa nak aku pergi. Mahu lebam mata aku. Tapi hakikatnya memang aku tak mahu pergi. Malas...sebab terlalu kerap aku menukar kerjaya. Sampai bila?
Kerja tiap tiga bulan mesti tukar, tapi kerajaan dekat enam puluh tahun tak reti bertukar pulak. Ahhh...pergi mampuslah sama mereka. Aku penat asyik bertukar kerja. Kali ni aku nak cuba kekal seberapa lama yang boleh. Lagipun kalau aku nak pergi temuduga tu, aku nak pakai apa.
Tak payah fikir soal baju atau seluar. Kasut ni...kasut. Mana ada kasut dah dekat aku, semua aku sedekahkan tak ikhlas pada orang lain. Kasut aku tak lah banyak mana...adalah tiga pasang. Dua berjenama Puma dan satu lagi Nike. Puma pertama...aku terwakafkan di Penang.
Nike pula orang Kedah yang rembat...macam mana aku tahu? Sebabnya aku duduk satu rumah dengan mereka. Bukan kasut je...satu beg pakaian aku hilang tanpa khabar berita. Senang cerita masa aku bercuti raya dua tiga hari, aku kembali ke rumah sewa tapi rumah dah kosong berkunci.
Cibai...depa pindah tanpa memberikan aku sebarang berita. Aku call mesej semua haram tak berjawab. Kau nak aku fikir apa? Nak aku bersangka baik?
Sangkaan terbaik yang aku mampu fikirkan, mungkin mereka dah kemalangan menjunam masuk ke gaung dan mati kedua-duanya dalam kereta. Dan tiada siapa tahu dan tiada siapa dapat selamatkan ataupun jumpa mayat mereka.
Sebab itulah sampai ke hari ini tiada khabar dari mereka. Itulah sangkaan yang aku boleh bagi. Daripada aku tuduh depa mencuri...baik aku fikir macam tu.
Puihhh...rasa nak marah pulak, padahal dah bersangka baik ni. Sebenarnya aku tak kisah sangat pasal kasut. Kasut tu pun aku beli secara haram masa aku kerja di satu kedai pakaian dulu. Aku kerja situ dalam masa yang sama aku beli tapi secara haram...korang faham tak agak-agak?
So, aku tak kisah lah benda tu hilang. Balasanlah tu agaknya. Tapi tang baju satu beg tu balasan dari mana agaknya? Mungkin dosa-dosa aku yang lepas-lepas. Dia Maha Mengetahui.
Aku sebagai manusia jalankan tanggungjawab aku. Meraung melalak memaki menghamput lepas tu diam. Diam betul-betul punya diam.
Ambil masa untuk redha dan menerima kejadian itu dengan hati yang tak berapa nak buka. Aku sedih sangat...sebab dalam beg tu ada buku pemberian bapak aku.
Yang berjudul...
“CARA CARA MENGURUSKAN JENAZAH”
Sekarang kau boleh rasa apa yang aku rasa?
Kasut ketiga aku hilang di sini. Tempat aku menulis sekarang ni. Mamat kacip yang rembat. Aku yakin. Kali ni aku malas nak bersangka baik dan tak nak cuba membuat sangkaan. Aku harap kasut tu dapat memberi manfaat buat dia sebagaimana kasut tu mampu memberi kesan terhadap aku. Halalkan atau haramkan?
Aku tak mampu beri jawapan. Perasaan marah aku masih berbaki dalam hati. Bila aku fikir-fikir balik. Aku dapatkan tiga kasut...untuk apa? Semuanya hilang. Bukan aku buang. Aku beli supaya pencuri ada kerja untuk mencuri, begitu?
Ke untuk membasuh dosa-dosa kecil aku selama ni? Dengan kasut mampu mencuci dosa? Tak patut dan tak logik.
Biarkanlah. Usah difikirkan sangat. Hmm...aku kembali ke dunia sekarang. Dah jauh bercerita soal kasut. Lagu Hujan - Kotak Hati bermain di telefon pintarku.
Lagu-lagu Hujan sememangnya tidak pernah mengecewakan aku. Terbuai-buai perasaan aku dengan lagu ni. Aku duduk rapat ke meja mengambil helaian surat khabar tadi. Aku lipat rapi. Aku selitkan di balik buku.
Esok tarikh temuduganya...aku takkan pergi. Tapi aku sayang nak ronyokkan kertas tu dan buang. Sebab ia pemberian seorang lelaki tua. Dia susah susahkan diri beri aku maklumat tu. Tanpa diminta dan disuruh. Tandanya beliau ada sikap mengambil berat dengan rakan sekerja. Aku hargai itu dan aku simpan cebisan kertas itu buat kenangan. Kalau-kalau aku tak lagi bekerja di sini.
Sekian.
—————
Rasanya cukup sampai di sini saja perkongsian catatan lamaku. Sejujurnya masih ada lagi catatan yang tidak aku sertakan. Yang hilang dari simpanan juga terlalu banyak. Membaca catatan-catatan di atas menimbulkan keinginan untuk menulis catatan harian semula. Aku betul-betul tidak menyangka bahawa dulu aku begitu rajin menulis walaupun tiada siapa yang baca. Dan, membacanya semula hari ini terbukti kebanyakannya masih relevan dan tidak mustahil ia boleh dibaca dan digunapakai sampai bila-bila. Sudah empat hingga lima tahun berlalu. Aku juga tidak begitu ingat masa dan tempat aku mencatat semua peristiwa di atas. Siapa yang kata, mengimbau masa lalu itu menyakitkan? Ternyata membaca tulisan-tulisan lama milik sendiri boleh tahan mengagumkan.
Terima kasih sudah membuang masa membaca entri ini. Moga-moga ada catatan lain pada masa akan datang.

Ulasan
Menghabis baca serentak lagu habis dengan lirik akhir, 'biar ku rawat segala deritamu.' ��
Please do, write even more.