“Before we begin, you must all be warned. Nothing here is vegetarian. Bon appetit.” Hannibal Lecter Melihat posternya saja, saya sudah terpikat. Apalagi menontonnya. Saya percaya anda juga pasti begitu, bukan? Sebenarnya, saya berbohong. Saya sama sekali tidak terpikat dengan cerita ini lewat posternya. Dan, saya langsung tidak mengenali nama pelakon utamanya waktu itu yakni Mads Mikkelsen. Namun, saya cam benar wajahnya lewat permainan PS4 yang bakal dilancarkan barangkali dalam tahun depan bertajuk Death Stranding. Mungkin anda tidak tahu bahawa selain menonton filem dan siri TV, saya juga gemar bermain dan sedikit sebanyak mengikuti perkembangan semasa tentang permainan video. Minat itu sudah tumbuh semenjak saya di sekolah rendah lagi. Walaupun sampai sekarang saya belum pernah sekali pun memiliki sebuah konsol. Mudah-mudahan suatu hari nanti impian saya terkabul. Berbalik kepada kisah siri TV ini. Semuanya bermula ketika saya sedang mencari-cari...