Langkau ke kandungan utama

Dark (Siri TV 2017)


“Perbezaan antara masa lalu, masa kini, dan masa depan hanyalah ilusi tak terbantahkan.” Albert Einstein

Selain hal-hal yang mengerikan, menonton siri TV ini juga mampu membuat bulu-bulu di tubuh saya berdiri tegak. Bagaikan ada setan sedang bersejingkat di belakang senyap-senyap. Dark adalah cerita yang saya maksudkan. Siri TV Jerman ini mempunyai sepuluh episod untuk musim pertama dan ia berjaya melemaskan mental dan emosi saya dengan bermacam konflik yang membingungkan. 

Ia mengisahkan tentang beberapa keluarga yang tinggal di wilayah Winden. Konfliknya di mulakan oleh seorang remaja bernama Jonas Kahnwald yang panasaran mengenai ayahnya yang mati bunuh diri. Dalam masa yang sama, seorang lagi remaja bernama Erik Obendorf turut mendadak hilang. Lalu pada suatu malam, Jonas dan beberapa temannya yang mengenal Erik cuba-cuba untuk mencarinya di sebuah gua yang terletak di hutan berdekatan. Bermula dari situlah segala konflik berlaku. Penonton akan disuguhkan dengan pelbagai persoalan. 

Menurut saya, ia sebuah cerita yang rumit. Sebelum menonton, saya menyarankan anda mematikan data internet agar terpisah sebentar dari dunia sosial. Jikalau anda punya haiwan peliharaan, sebaiknya disumbat ke dalam sangkar untuk beberapa jam ke depan. Anda juga digalakkan untuk makan siap-siap supaya mata lebih fokus ke layar TV. Anda tidak boleh lengah walau untuk sedetik. Setiap dialog dan babak walaupun tanpa suara adalah penting. Kerana sesetengah klu dan jawapan untuk persoalan yang membingungkan dipaparkan tanpa dialog. Itulah sebabnya kenapa anda harus fokus. Bahkan, jikalau anda punya teman lelaki atau wanita sekali pun, cuba ketepikan dulu hubungan kalian. Segala rinci amat penting untuk anda terus berada di jalur yang benar dalam memahami cerita. Hanya dengan faham, anda akan berasa orgasma yang tidak terungkapkan kata-kata. 

Jujur saya katakan, siri ini tidak sesuai untuk semua orang. Apatah lagi untuk orang yang malas atau untuk tontonan santai menanti lelap di depan TV. Siri ini lebih sesuai untuk orang yang suka berfikir hal-hal absurd. Orang-orang yang gemarkan cerita berkonsepkan waktu yang dibolak-balik, ini adalah sebuah siri untuk anda. Jikalau anda pernah menonton filem bertajuk Predestination, dan anda gemarkan ia, maka siri ini juga patut anda tonton. Saya berani kerat jari mengatakan siri ini berganda-ganda lebih nikmat berbanding filem tersebut. Tetapi, tersangatlah tidak adil untuk dibandingkan kerana ia filem berdurasi satu jam setengah. Manakala siri ini mempunyai sepuluh episod. Sudah tentulah, konfliknya lebih banyak.

Di saat menonton siri ini juga, perasaan saya seperti menonton siri Stranger Things. Walaupun konsepnya berlainan tetapi rasa misterius itu ada. Sekiranya anda sudah menonton siri tersebut, saya mencadangkan agar anda mencuba siri ini pula. Dengar-dengar, musim kedua akan ditayangkan pada hujung tahun ini.

Sama-sama kita nantikan. 

Untuk rujukan : Ulasan dan kritik di IMDb

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beto Mati Dan Aku Menang Judi

Tadi siang aku bermimpi Beto Kusyairy mati. Manakala siang minggu lalu pula aku telah bermimpi menang judi dua puluh ribu! Aku masih ingat setiap rinci kedua mimpi itu. Selaku seorang yang bernama Abul, amat jarang untuk aku mengingati semula mimpi-mimpi yang aku alami. Apalagi mengabadikan mimpi ke dalam bentuk tulisan. Disebabkan kedua-dua mimpi itu betul-betul memberikan kesan yang mendalam saat aku terbangun, maka aku pun memutuskan untuk menulis di sini. Supaya kalian tahu betapa mimpiku itu terasa seperti benar-benar sedang berlaku. Namun, sebelum aku menceritakan dengan lebih lanjut mengenai mimpiku, kalian harus tahu, tiada permulaan ataupun mukadimah bagi mimpi setiap orang. Kebiasaannya yang ada hanyalah konflik. Tahu-tahu kau sudah ada di dalam sebuah permasalahan yang kau sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Lebih mengecewakan lagi apabila kau langsung tidak dapat merasa bagaimana penamatnya. Bagaimanapun menurutku, sebuah penamat tidaklah begitu mustahak. Apala...

Merealisasikan Trip Angan-Angan Ke Negara Sang Merah Putih (Part 2)

Dua jam lagi saya bakal menjejakkan kaki ke tanah Pulau Jawa Indonesia. Dalam tempoh itu, saya sempat tertidur dan terjaga beberapa kali. Saya duduk di tengah-tengah pada sisi kanan pesawat. Di kiri saya, Zetti sedang lena. Seluruh wajahnya ditutupi dengan jaket miliknya. Di kerusi sisi kiri pesawat pula, Hasnidar masih tidur. Posisi tidurnya sejak mula-mula menaiki pesawat sampailah pesawat berada di atas awan masih tetap sama. Entah bagaimana dia betah tidur begitu. Bukannya menyandarkan kepala, sebaliknya menunduk persis orang-orang Korea memberi hormat. Harap-harap air liur basi tidak meleleh. Leng, entah apa ceritanya di belakang. Di kanan saya yakni di tepi jendela ada seorang gadis Jepun berambut lurus paras bahu. Dia turut tertidur dan terjaga beberapa kali. Saya tahu dia gadis Jepun setelah melihatnya mengisi ruang kewarganegaraan di dalam borang customs declaration. Timbul juga keinginan untuk menyapanya. Tetapi, yang saya tahu cuma arigato dan bakayaro. Sudahnya, kami s...

Hampa Di Bulan Julai

Setelah bertahun-tahun blog ini terbiar, beberapa hari yang lalu tiba-tiba saya terdorong untuk membongkar semula arkib ini. Spontan terbit kekaguman dan sedikit tidak percaya betapa lainnya teknik, gaya, bahasa dan idea saya yang dulu dengan yang sekarang. Seolah-olah saya sedang membaca tulisan orang lain. Tulisan orang asing yang sekadar melihat secebis bahagia bersama teman-temannya. Yang nyatanya sekarang, dia lebih sering bersendirian dalam keterasingan.  Dulu saya lebih gemar menulis anekdot-anekdot tentang diri sendiri dan teman-teman. Di saat kami masih lagi akrab. Di saat kami masih punya waktu senggang untuk bercokol dan melakukan hal-hal yang tidak terfikirkan. Tanpa berfikir panjang, satu per satu anekdot itu saya hapuskan. Sudah tiada lagi senyuman dan tawa saat membacanya. Terkadang masa lalu dikenang bukanlah untuk tertawa sebaliknya ia sebuah peringatan bahawa orang-orang seperti itu tidak layak dijadikan teman. Begitulah benih kebencian mendoktrin fikiran say...