Langkau ke kandungan utama

Catatan

Merealisasikan Trip Angan-Angan Ke Negara Sang Merah Putih (Part 2)

Dua jam lagi saya bakal menjejakkan kaki ke tanah Pulau Jawa Indonesia. Dalam tempoh itu, saya sempat tertidur dan terjaga beberapa kali. Saya duduk di tengah-tengah pada sisi kanan pesawat. Di kiri saya, Zetti sedang lena. Seluruh wajahnya ditutupi dengan jaket miliknya. Di kerusi sisi kiri pesawat pula, Hasnidar masih tidur. Posisi tidurnya sejak mula-mula menaiki pesawat sampailah pesawat berada di atas awan masih tetap sama. Entah bagaimana dia betah tidur begitu. Bukannya menyandarkan kepala, sebaliknya menunduk persis orang-orang Korea memberi hormat. Harap-harap air liur basi tidak meleleh. Leng, entah apa ceritanya di belakang. Di kanan saya yakni di tepi jendela ada seorang gadis Jepun berambut lurus paras bahu. Dia turut tertidur dan terjaga beberapa kali. Saya tahu dia gadis Jepun setelah melihatnya mengisi ruang kewarganegaraan di dalam borang customs declaration. Timbul juga keinginan untuk menyapanya. Tetapi, yang saya tahu cuma arigato dan bakayaro. Sudahnya, kami sama-
Catatan terbaharu

Merealisasikan Trip Angan-Angan Ke Negara Sang Merah Putih (Part 1)

Hingga saat ini, saya masih tidak percaya yang saya telah berjaya menjejakkan kaki ke Indonesia. Itu adalah trip pertama saya dan ia bukanlah dua hari mahupun tiga hari. Tetapi, satu minggu! Untuk pemula seperti saya, itu benar-benar menakjubkan. Setidak-tidaknya untuk saya. Bertahun juga perjalanan itu dirancang dengan orang yang berbeza-beza. Berkali-kali juga semuanya berakhir dengan kekecewaan—BATAL. Juga dengan bermacam punca. Ada yang tidak lepas imigresen kerana sama sekali tidak membayar hutang PTPTN. Kerana seorang batal, serta-merta semuanya ikut membatalkan. Mana tidaknya, kos trip yang kami atau mungkin lebih tepatnya saya rancang bergantung pada berapa kepala yang ikut serta. Semakin ramai yang menyertai, semakin murah kos setiap orang. Kerana itu, apabila seorang batal maka kami yang lain turut batal tanpa berfikir dua kali. Namun, segalanya berubah pada penghujung tahun 2017 ketika saya mula mengenali seorang sosok bernama Hasnidar. Hasil perkenalan kami lewat proses

Terapi?

Sebentar tadi, dalam kedinginan aku bercekcok sendirian tentang ketidakpuasan hati yang sekian lama telah terbuku di luar pondok pengawal utama tempat aku bekerja. Hingga saat ini, gerimis masih berterusan dan hasil cekcok yang panjang berjaya mengembalikan ketenangan diriku. Spontan aku terfikir, terbukti bercakap seorang diri juga adalah salah satu bentuk terapi. Terkadang ada hal-hal tertentu yang kita tidak dapat hendak ucapkan walaupun kita tahu, hal itu teramat perlu untuk diucapkan. Tetapi atas beberapa faktor, akhirnya kita pun terpaksa mengemam kata-kata sendiri. Itulah yang berlaku pada aku hampir setiap hari di tempat kerja. Kerana itu, di samping bercekcok, aku memutuskan untuk menulis apa yang telah berlaku. Orang kata, selain bercakap, menulis juga satu terapi. Benarkah? Sebelum aku menulis lebih panjang, satu hal yang perlu kau tahu aku bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat perubatan. Dan, setiap hari aku bertugas syif malam selama 12 jam. Bermula

Apa Yang Jadi Bila Aku Mula Meng-Google?

Minggu lepas aku dah macam orang gila yang paranoia dengan hal-hal yang tak wujud. Semuanya gara-gara aku mengalami sakit perut selepas menjamah nasi ayam butter. Menu yang jarang-jarang aku cuba, bila sekali cuba terus sakit perut. Tetapi sebetulnya memang tak sedap mana pun nasi tu. ~~~ Perenggan di atas aku tulis bulan lepas ketika aku mendadak ditimpa demam panas. Selepas itu, aku biarkan di dalam peti draf sehinggalah malam semalam. Seperti yang kau lihat, hanya satu perenggan yang mampu aku tulis waktu itu. Bila diingat-ingat, rasanya macam mahu menangis. Aku tidak larat menaip. Mentalku terasa lelah bila mengenangkan hal-hal penulisanku yang tidak seberapa. Padahal terlalu banyak kisah yang ingin aku ceritakan. Ada masanya aku rindukan diriku yang dulu. Yang hangat dengan semangat menulis catatan hampir setiap hari walaupun aku tahu tiada siapa yang membaca. Tetapi, itu dulu. Saat aku mula-mula terjebak ke dalam kancah ini. Hakikatnya semakin lama aku menulis, semakin

Beto Mati Dan Aku Menang Judi

Tadi siang aku bermimpi Beto Kusyairy mati. Manakala siang minggu lalu pula aku telah bermimpi menang judi dua puluh ribu! Aku masih ingat setiap rinci kedua mimpi itu. Selaku seorang yang bernama Abul, amat jarang untuk aku mengingati semula mimpi-mimpi yang aku alami. Apalagi mengabadikan mimpi ke dalam bentuk tulisan. Disebabkan kedua-dua mimpi itu betul-betul memberikan kesan yang mendalam saat aku terbangun, maka aku pun memutuskan untuk menulis di sini. Supaya kalian tahu betapa mimpiku itu terasa seperti benar-benar sedang berlaku. Namun, sebelum aku menceritakan dengan lebih lanjut mengenai mimpiku, kalian harus tahu, tiada permulaan ataupun mukadimah bagi mimpi setiap orang. Kebiasaannya yang ada hanyalah konflik. Tahu-tahu kau sudah ada di dalam sebuah permasalahan yang kau sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Lebih mengecewakan lagi apabila kau langsung tidak dapat merasa bagaimana penamatnya. Bagaimanapun menurutku, sebuah penamat tidaklah begitu mustahak. Apala

Bernostalgia Dengan Catatan Silam

Semalam secara tidak sengaja aku melihat-lihat kumpulan catatan lama milikku yang tersimpan rapi di dalam Evernote. Rata-rata kesemua catatan itu telah aku tulis sekitar tahun 2014. Ada juga yang tidak bertarikh. Bahkan tidak bertajuk. Sememangnya gaya tulisanku yang dulu amat berbeza dengan yang sekarang. Tetapi, terus-terang aku katakan. Catatanku yang dulu terasa lebih jujur. Spontan. Tidak berlapik dan tidak disunting. Pokoknya, kesemua catatan itu langsung tidak pedulikan kesempurnaan. Barangkali kerana semua itu untuk bacaanku sendiri. Ketika aku membaca semula catatan itu, beberapa kali aku ketawa dan tersengih sendirian. Dan, kadangkala terasa sedikit malu. Namun, ia juga mengingatkan aku tentang jerih payah yang pernah aku lalui. Disebabkan itulah, rasanya tidak salah jikalau aku ingin mengabadikan catatan itu di sini. Sekurang-kurangnya, dapat juga aku berkongsi serba sedikit kepada kalian tentang siapa aku. Entri kali ini bakal sedikit panjang. Sebelum memulakan bacaan le