Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Merealisasikan Trip Angan-Angan Ke Negara Sang Merah Putih (Part 1)

Hingga saat ini, saya masih tidak percaya yang saya telah berjaya menjejakkan kaki ke Indonesia. Itu adalah trip pertama saya dan ia bukanlah dua hari mahupun tiga hari. Tetapi, satu minggu! Untuk pemula seperti saya, itu benar-benar menakjubkan. Setidak-tidaknya untuk saya. Bertahun juga perjalanan itu dirancang dengan orang yang berbeza-beza. Berkali-kali juga semuanya berakhir dengan kekecewaan—BATAL. Juga dengan bermacam punca. Ada yang tidak lepas imigresen kerana sama sekali tidak membayar hutang PTPTN. Kerana seorang batal, serta-merta semuanya ikut membatalkan. Mana tidaknya, kos trip yang kami atau mungkin lebih tepatnya saya rancang bergantung pada berapa kepala yang ikut serta. Semakin ramai yang menyertai, semakin murah kos setiap orang. Kerana itu, apabila seorang batal maka kami yang lain turut batal tanpa berfikir dua kali. Namun, segalanya berubah pada penghujung tahun 2017 ketika saya mula mengenali seorang sosok bernama Hasnidar. Hasil perkenalan kami lewat proses ...