Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Beto Mati Dan Aku Menang Judi

Tadi siang aku bermimpi Beto Kusyairy mati. Manakala siang minggu lalu pula aku telah bermimpi menang judi dua puluh ribu! Aku masih ingat setiap rinci kedua mimpi itu. Selaku seorang yang bernama Abul, amat jarang untuk aku mengingati semula mimpi-mimpi yang aku alami. Apalagi mengabadikan mimpi ke dalam bentuk tulisan. Disebabkan kedua-dua mimpi itu betul-betul memberikan kesan yang mendalam saat aku terbangun, maka aku pun memutuskan untuk menulis di sini. Supaya kalian tahu betapa mimpiku itu terasa seperti benar-benar sedang berlaku. Namun, sebelum aku menceritakan dengan lebih lanjut mengenai mimpiku, kalian harus tahu, tiada permulaan ataupun mukadimah bagi mimpi setiap orang. Kebiasaannya yang ada hanyalah konflik. Tahu-tahu kau sudah ada di dalam sebuah permasalahan yang kau sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Lebih mengecewakan lagi apabila kau langsung tidak dapat merasa bagaimana penamatnya. Bagaimanapun menurutku, sebuah penamat tidaklah begitu mustahak. Apala...

Bernostalgia Dengan Catatan Silam

Semalam secara tidak sengaja aku melihat-lihat kumpulan catatan lama milikku yang tersimpan rapi di dalam Evernote. Rata-rata kesemua catatan itu telah aku tulis sekitar tahun 2014. Ada juga yang tidak bertarikh. Bahkan tidak bertajuk. Sememangnya gaya tulisanku yang dulu amat berbeza dengan yang sekarang. Tetapi, terus-terang aku katakan. Catatanku yang dulu terasa lebih jujur. Spontan. Tidak berlapik dan tidak disunting. Pokoknya, kesemua catatan itu langsung tidak pedulikan kesempurnaan. Barangkali kerana semua itu untuk bacaanku sendiri. Ketika aku membaca semula catatan itu, beberapa kali aku ketawa dan tersengih sendirian. Dan, kadangkala terasa sedikit malu. Namun, ia juga mengingatkan aku tentang jerih payah yang pernah aku lalui. Disebabkan itulah, rasanya tidak salah jikalau aku ingin mengabadikan catatan itu di sini. Sekurang-kurangnya, dapat juga aku berkongsi serba sedikit kepada kalian tentang siapa aku. Entri kali ini bakal sedikit panjang. Sebelum memulakan bacaan le...